Telefilem Nawfal Nak Raya Di Awesome TV

Telefilem Nawfal Nak Raya Di Awesome TV

Sempena Syawal, sebuah telefilem raya berjudul Nawfal Nak Raya akan menemui penonton pada 15 Mei 2022, hari Ahada pada jam 9.00 malam di Awesome TV. Selain itu, boleh dapatkan pelbagai kandungan menarik di awesometv.my

Telefilem ini merupakan naskah pertama daripada Issey Fazlisham sebagai pengarah dengan hasil penulisan skrip oleh Aloy Paradoks dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Red Bean Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Nawfal Nak Raya

Telefilem Nafwal Nak Raya menampilkan barisan pelakon seperti Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Kusyairy, Ain Sufiya, Fudail Dayyan, Duerra Mitilda, TJ Isa (Mat Kuda) dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang ehidupan anak-anak di ibu kota (Jalan Chow Kit dan Kampung Baru) yang bersemangat untuk menyambut hari raya.

Berbeza dengan sambutan tahun sebelumnya, kali ini, Nawfal bersungguh-sungguh untuk beraya dengan meriah. Oleh itu, dia perlukan baju raya baru kerana baju yang lama sudah dipakai beberapa kali dan tidak muat.

Oleh itu, Nawfal mengajak rakan baiknya, Rosyam Nor untuk mengumpul duit demi menunaikan impiannya untuk beraya dengan meriah kali ini.

Telefilem Nawfal Nak Raya Di Awesome TV

Telefilem Nawfal Nak Raya Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post