Telefilem Raya Talak Satu Di Astro Ria

Telefilem Raya Talak Satu Di Astro Ria

Sempena Aidifitri ini, Astro bawakan telefilem Raya Talak Satu pada hari Raya Ketiga, 4 Mei 2022, hari Rabu pada jam 10.00 pagi di saluran Astro Ria 104 dan juga Astro Go di astrogo.astro.com.my

Telefilem ini merupakan karya pertama Shukri Yahaya sebagai pengarah dan juga watak utama dalam telefilem ini bersama Emma Maembong. Ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Se7en Production Fil Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Raya Talak Satu

Telefilem Raya Talak Satu menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Marisa Yasmin, Jasmin Hamid, Alicia Amin, Natasha Elyzza, The Gadys dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang pasangan Danni (Shukri Yahaya) dan Riana (Emma Maembong) yang yang dipaksa berkahwin oleh Dato Nora' (Marisa Yasmin) selepas Danni dikecewakan Azura.

Danni tak boleh menolak, Riana pula setuju sebabnya memang sukakan Danni dalam diam. Namun perkahwinan tak lama. Riana diceraikan sebelum ramadan.

Tetapi Dato’ Nora tak sabar nak sambut syawal dengan menantunya. Terpaksalah Danni dan Riana berlakon masih pasangan suami isteri sehinggalah akhirnya terbongkar di pagi raya rupanya ini raya talak satu mereka.

Telefilem Raya Talak Satu Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post