Teleflem Ragam Sang Suami Di TV2

Teleflem Ragam Sang Suami Di TV2

Saksikan telefilem Ragam Sang Suami yang akan menemui penonton pada 13 Disember 2022, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Universal Prestige Media Sdn. Bhd, diarahkan dan penulisan skrip daripada orang yang sama iaitu Zh Emdee@M. Danial

Sinopsis Telefilem Ragam Sang Suami

Telefilem Ragam Sang Suami menampilkan barisan pelakon seperti Hairi Othman, Zarina Zainuddin, Sara Daud, Marisya Yasmin, Fatimah Zahara, Sazrin Aizat, Sayhee Samsuddin, Maya Jaafar dan ramai lagi.

  • Hairi Othman sebagai Azman
  • Zarina Zainuddin sebagai Rohani
  • Sara Daud sebagai Mardiana
  • Marisya Yasmin sebagai Syarifah
  • Fatimah Zahara sebagai Izaty
  • Sazrin Aizat sebagai Anuar

Tonton telefilem Ragam Sang Suami online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Azman bersama isterinya, Rohani yang banyak menghabiskan masa bersama selepas Azman bersara dari tentera antaranya adalah kerap bermain golf.

Walaupun begitu, isterinya, Rohani semakin risau apabila suaminya banyak berubah dan selalu tersalah sebut nama perempuan lain sehingga dia syak yang suaminya mempunyai wanita simpanan lain.

Dalam pada itu, Azman juga berkenalan dengan Syarifah dan anaknya, Mardiana dan dalam diam hubungan mereka semakin rapat. Adakah pada akhirnya Azman akan bernikah dan berkahwin muda satu lagi akan berjaya?

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post