(Pengalaman) Cara Renew Passport Secara Online

Cara Renew Pasport Secara Online

Rasanya mungkin dah ramai tahu dimana pihak Imigresen mengumumkan bermula Mei 2022, kesemua urusan perbaharui atau renew pasport hanya boleh dilakukan secara online sahaja kecuali untuk beberapa keadaan.

Ini bermakna, jika pasport anda sudah tamat tempoh, anda hanya boleh renew secara atas talian sahaja dan tidak dibenarkan lakukan di kaunter kecuali jika anda -

  • Buat permohonan pertama kali
  • Warga emas
  • OKU
  • Kanak-kanak
  • Kes kehilangan dan kerosakan pasport

Jadi kesemua ini, anda perlu datang ke mana-mana cawangan Imigresen atau UTC berhampiran dan perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter.

Berbeza dengan permohonan online, dimana segala urusan permohonan dan tangkap gambar boleh dilakukan di rumah sahaja. Jadi anda boleh skip beratur panjang ketika ingin ambil passport anda kelak jika sudah diluluskan. Jimat masa, jimat tenaga.

Akan tetapi, jika anda baca perkongsian pengalaman daripada orang ramai, banyak mengeluh dengan sistem online yang diperkenalkan oleh pihak Imigresen yang mana seolah-olah lagi menyusahkan dan antara bahagian paling kritikal adalah ketika upload gambar dan perlu juga beratur panjang untuk collect passport.

Pengalaman Sendiri Renew Pasport Online

Alhamdulillah untuk kedua-dua permasalahan ini aku tak lalui dimana gambar aku berjaya diterima sistem dan tak perlu ambil gambar semula di kaunter serta aku tak perlu beratur panjang pun. Mungkin ianya bergantung kepada cawangan sebenarnya.

Untuk Imigresen Temerloh, jika anda sudah menerima emel yang memberitahu permohonan anda sudah diluluskan. Anda boleh terus sahaja datang ke pejabat Imigresen dan terus pergi ke kaunter pungutan pasport tanpa perlu ambil nombor pun. Jika di Temerloh, kaunter nombor 3.

Pengalaman Cara Renew Pasport Secara Online

Pastikan anda sudah print resit bayaran dan letak di bakul yang disediakan. Pegawai akan semak sekali lagi, sekiranya gambar anda tersebut diterima atau tidak. Alhamdulillah gambar aku diterima dan tak perlu retake pun. Selepas 10 minit, passport aku siap dengan jayanya.

Untuk gambar, aku buat sepenuhnya menggunakan smartphone aku je. Percuma! Tak pergi ke kedai gambar pun. Tapi kalau tak yakin, boleh je pergi kedai gambar ambil gambar passport. Tapi disini aku nak share juga tips dan cara aku buat macam mana untuk upload gambar pasport dengan betul mengikut kriteria yang diperlukan.

Ada yang bagi tahu, boleh juga buat menerusi Shopee. Boleh la cuba mana-mana seller yang sediakan perkhidmatan gambar untuk passport DISINI.

Tips Cara Upload Gambar Pasport Dengan Betul

Untuk gambar pasport ni, aku perlukan smartphone dan guna 2 aplikasi sahaja. Untuk phone adalah lebih baik kamera cantik la sikit. Macam aku guna Pixel 4 sahaja. iPhone should be ok kot.

Kemudian tangkap gambar anda diluar rumah iaitu menggunakan cahaya semula jadi. Jangan tangkap gambar kat dalam rumah yang confirm cahaya tak cukup. Tujuanya adalah untuk dapatkan cahaya yang cukup dan sekali gus memberikan gambar yang terang dan tajam.

Ikut kriteria dan syarat gambar, anda perlu pakai baju hitam, mata pandang arah kamera, rambut tak tutup muka, tidak pakai cermin mata, telinga pastikan kiri kanan nampak dan juga tiada cahaya flash pada dahi. Background adalah sebaiknya berlatarbelakangkan dinding putih untuk memudahkan proses seterusnya.

Proses seterusnya anda install dua aplikasi iaitu Erase.bg dan Passport Photo Editor untuk Android. Untuk iPhone mungkin boleh cari aplikasi yang seangkatan dengan fungsi yang sama.

Langkah pertama, anda upload gambar yang anda tangkap tadi ke aplikasi Erase.bg untuk tujuan buangkan background anda tersebut. Pastikan tiada bahagian muka anda yang terpadam. Jika ada, boleh edit atau tangkap gambar lain lagi. Kalau dah ok, boleh teruskan dengan tekan 'edit' pada Background Removed. Tekan 'Color' dan cari warna putih.

Cara Upload Gambar Pasport Dengan Betul

Langkah kedua, buka aplikasi Passport Photo Editor dan pilih Malaysia: Visa, Passport (35x50mm) > 600 DPI dan klik OK. Upload gambar yang anda edit tadi. Edit ikut kesesuai. Kalau tiada apa, boleh teruskan sahaja. Bahagian penting pada Crop iaitu pastikan muka anda berada dalam bulatan yang disediakan dan klik 'Crop'. Akhi sekali 'Save'

Cara Upload Gambar Pasport Dengan Betul

Pastikan gambar anda tersebut dengan background berwarna putih. Jika sudah ok semua, barulah anda boleh teruskan permohonan untuk renew passport yang boleh dibuat secara online sahaja.

Sebenarnya gambar pasport perlukan warna putih plain dan bukan warna putih dinding atau sebagainya. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu edit juga.

Pastikan ianya putih seputihnya, sebab di pasport anda nanti, dia akan remove background tersebut. Jadi kalau tak cukup putih, sukar untuk pihak imigresen remove background dan menyebabkan kena tangkap gambar di kaunter. Jadi makin lambat!

gambar pasport online terbaik

Ini contoh gambar yang aku berjaya upload. Paling penting background plain putih tiada kesan langsung.

Cara Renew Pasport Secara Online

Untuk melayakkan anda renew pasport antarbangsa secara online, pastikan pasport sudah sampai tarikh luput dan pasport lama masih ada pada anda. Jika sudah hilang, kena renew di kaunter Imigresen.

Pastikan pasport lama ada ketika buat permohonan supaya memudahkan untuk anda rujuk ketika isi segala maklumat yang diperlukan.

Cara Renew Pasport Secara Online

  1. Pergi laman web Imigresen untuk renew passport di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA
  2. Lebih baik baca dan fahamkan segala terma dan syarat yang dinyatakan sebelum buat permohonan. Jika sudah faham, boleh klik butang 'SETUJU'
  3. Isi semua maklumat diperlukan; paling penting No Dokumen iaitu nombor pasport lama anda, nombor kad pengenalan dan pejabat pungutan. Macam aku pungut di Temerloh dan klik 'CARIAN'.
  4. Kemudian akan dipaparkan segala maklumat yang sedia ada dalam sistem. Anda boleh kemaskini jika anda sebarang pertukaran maklumat seperti alamat, no telefon, tinggi, status perkahwinan dan sebagainya.
  5. Disini juga anda perlu upload atau muat-naik gambar dengan klik pada "MUAT NAIK GAMBAR'
  6. Akan dipaparkan gambar 'Sebelum' dan 'Selepas'. Disini anda perlu adjust gambar 'Selepas' supaya muka anda berada dalam bulatan yang disediakan. Jika ok, klik 'Hantar'
  7. Akan dipaparkan gambar Foto Crop dan Foto Untuk Cetakan Pasport. Pastikan gambar background betul-betul clean putih. Barulah berjaya diproses selepas ini. Jika sudah ok, klik 'TERUSKAN'
  8. Tik pada bahagian 'SAYA MENGAKU GAMBAR...'. Disinilah anda boleh tik semua sekiranya gambar sudah mengikut syarat yang ditetapkan seperti yang diberitahu pada awal tadi. Jika ada sebarang masalah mungkin disinilah gambar anda akan ditolak dan permohonan tidak boleh diteruskan. Klik 'TERUSKAN'
  9. Jika semua maklumat telah dikemaskini dan gambar sudah berjaya dimuat-naik, boleh klik pada 'TERUSKAN KEPADA BAYARAN'
  10. Pastikan pejabat pengutan yang anda pilih tersebut anda boleh datang dalam waktu dan tempoh yang ditetapkan. Jika sudah ok, klik 'BAYAR'
  11. Anda boleh bayar sama ada menggunakan Perbankan Online (FPX) atau guna kad debit/kredit dengan harga RM200 untuk 5 tahun. Klik 'TERUSKAN BAYARAN' dan buat pembayaran sehingga selesai.
  12. Akhir sekali akan terpapar Pembayaran telah BERJAYA dan WAJIB print resit bayaran tersebut dengan klik pada 'CETAK RESIT'
  13. Selesai!

Cara Collect Atau Pungut Pasport

Seperti yang diumumkan pasport anda akan siap dalam tempoh 3 hari dimana pihak Imigresen akan emel sekiranya permohonan anda tersebut diluluskan.

Alhamdulillah macam aku, mohon hari Isnin, hari Rabu dah dapat emel bagi tahu permohonan diluluskan dan boleh pungut di Imigresen Temerloh. Pastikan anda bawa resit bayaran, pasport lama dan Mykad anda ketika collection.

Datang awal sebaiknya dan terus ke Kaunter Pungutan tanpa perlu beratur dana ambil nombor pun dan bagi resit pada pegawai. Kemudian tunggu sehingga dieorang panggil semula. Untuk aku dalam 10 minit sahaja, dieorang panggil dan setel semuanya!

Tapi mungkin pengalaman ini berbeza dengan cawangan lain terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor yang padat dengan penduduk. Katanya kena beratur panjang dan sebagainya. Tapi untuk di Temerloh, inilah procedure yang perlu dilalui. Bagi aku sendiri ianya memudahkan!

Nak cantik lagi lepas ni, pasport merah antarabangsa anda tersebut boleh letak cover. Tengok disini.

Jadi pergilah mohon online sahaja keh! Semoga bermanfaat!

7/Post a Comment/Comments

  1. tak suka sistem baru ni, leceh betul. btw nanti kalau sis nak renew passport boleh refer sini. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. kita dok upload, upload asik gagal dimuatnaik je. xtau la apa mslh dia.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so dpt tak upload tu? sy buat dh sejam...tak dpt2..edit2 pn same je

      Delete
    2. Kalau tak dapat juga, cuba try gune browser lain; mozilla ke edge

      Delete
  3. aq tolong buatkan untuk isteri ngan mentua boss aq....gmbr asyik fail je... asyik ckp mate x pndang depan...last2 ...aq edit mate diorang ...edit betul2 kat tengah pndg depan... baru berjaya muatnaik....adoila..hahha

    ReplyDelete
  4. bang, aku xjumpa pon apps ni>>> Passport Photo Editor. semua minta bayar. betol ke? share link pls. sbb aku dah fedup buat puluh kali kena rejek dgn imi.. geram je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kan dh bagi link kt atas tu. tekan je, dia akan bawa ke apps tersebut which is apps yang sama yang saya guna. Free je. Itu utk android, klu iOS saya tak pasti la

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post