Cara Semak Keputusan SPM 2021 Secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM 2021 Secara Online Dan SMS

Calon dan pelajar SPM sebelum ini pastinya menghadapi pelbagai rintangan terutamanya bagi menghadapi sesi PnP dikala pandemik melandan negara yang mana ada belajar secara fizikal di sekolah dan ada juga secara online.

Tetapi cabaran semua ini dapat dilalui dengan jayanya apabila peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) untuk tahun 2021 berjaya di laksanakan dalam keadaan baik bermula pada 2 Mac - 29 Mac 2021 yang lalu bagi seluruh Malaysia.

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021

Jadi selesai sudah peperiksaan, pastinya calon-calon SPM berdebar menunggu keputusan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 bersamaan pada hari Khamis.

Calon sekolah boleh dapatkan result SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

Selain itu, calon peperiksaan SPM 2021 juga boleh buat semakan secara online dan SMS bermula 16 Jun 2022 untuk ketahui result sebelum tiba di sekolah.

Cara Semak Keputusan SPM 2021 Secara Online Dan SMS

Semak Secara Online

Untuk buat semakan secara online, anda boleh pergi ke pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 yang boleh dibuat mulai jam 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022

Semak Secara SMS

Bagi semakan secara sistem pesanan ringkas atau SMS anda boleh buat bermula 16 Jun 2022, jam 10.00 pagi sehingga 22 Jun 2022 pada jam 6.00 petang dengan cara berikut:

SPM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh - SPM 021001105620 WB001A001

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan bermula 16 Jun 2022 yang mana dibuka 30 hari bermula tarikh keputusan tersebut.

Permohonan boleh dibuat secara online di elp.moe.gov.my dengan caj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

Permohonan Kes "T"

Bagi calon yang mendapat keputusan "T" boleh membuat permohonan penyemakan semula kes "T" bermula 16 Jun 2022 yang dibuka selama 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan.

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya anda

Permohonan boleh dibuat secara online di elp.moe.gov.my dan tiada caj dikenakan bagi semakan kes "T"


Sumber : Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post