Mat Kilau Dengan Kutipan RM12 Juta. Tapi Belum Balik Modal? Ini Sebabnya

Mat Kilau Dengan Kutipan RM12 Juta. Tapi Belum Balik Modal? Ini Sebabnya

Sekarang tengah meletup dengan sebuah filem tempatan terbaru berjudul Mat Kilau yang kini telah mencipta sejarah apabila meraih kutipan RM12 juta hanya selepas 4 hari tayangan sahaja di pawagam.

Bukan itu sahaja, Mat Kilau juga menjadi filem pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah. 'Breaks Record As The Highest Grossing Opening Day For Malay Epic Films'

Manakan tidak, filem tersebut meraih RM1 juta dalam masa satu hari sahaja.

Filem yang telah membuka tayangan pada 23 Jun yang lalu dilaporkan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM8 juta. Dengan kutipan sebanyak RM12 juta, secara amnya pastinya peroleh keuntungan sebanyak RM4 juta. Tetapi hakikat sebenarnya belum balik modal.

Kenapa Filem Mat Kilau Belum Balik Modal?

Persoalan ini dijawab Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi yang juga seorang penerbit filem dengan memberitahu filem tersebut belum balik modal walaupun peroleh keuntungan yang tinggi sejak filem itu ditayangkan.

Mawi dedahkan hakikat sebenar seorang pengiat filem menerusi laman Tik Tok sendiri di @cahayaasmawi dengan memberitahu 'Semua Penerbit Filem Sakit Kepala'

@cahayaasmawi FILEM 'MAT KILAU' KUTIP RM12 JUTA TAPI BELUM ADA UNTUNG.MODAL PUN TAK BALIK LAGI WEEIIII !!! KITA KENA PASTIKAN SOKONGAN YANG BERTERUSAN DENGAN MENONTON 'MAT KILAU' DI PAWAGAM SEKARANG ! JOM JOM ! #MatKilau #FilemMalaysia #Fyp #Film #Filem #Malaysia ♬ original sound - cahayaasmawi

Menerusi video tersebut, Mawi memberitahu penerbit filem adalah tertakluk dengan cukai hiburan yang perlu dibayar sebanyak 25%. Jadi sebagai contoh, sekiranya peroleh keuntungan RM1 juta kutipan, RM250,000 perlu dibayar cukai. Jadi hanya tinggal RM750,000.

Daripada jumlah yang tinggal tersebut, 50% akan diagihkan kepada pengusaha panggung wayang dan 50% lagi kepada penerbit filem seperti dalam perjanjian yang telah dibuat untuk minggu pertama. Jadi masing-masing dapat RM375,000 sahaja

Jadi dalam konteks Mat Kilau yang setakat ini telah peroleh kutipan sebanyak RM12 Juta. Daripada jumlah tersebut, 25% bersamaan RM3 Juta perlu dibayar untuk cukai hiburan. Kini tinggal RM9 Juta. Daripada itu, 50% untuk pengusaha panggung wayang iaitu sebanyak RM4.5 Juta dan RM4.5 juta lagi iaitu 50% barulah untuk penerbit filem.

Dengan kos pembikinan filem sebanyak RM8 Juta, Mat Kilau masih belum balik modal yang mana kini hanya mengutip RM4.5 juta sahaja.

Mawi menambah lagi, peratusan agihan tersebut hanya terhad untuk minggu pertama sahaja iaitu selama 7 hari. Untuk minggu seterusnya, peratusan agihan untuk pengusaha panggung wayang akan meningkat sebanyak 5% iaitu setiap minggu.

Minggu kedua, boleh jadi agihan 55% untuk pihak panggung dan 45% untuk penerbit. Kemudian naik lagi 60% dan 40% sahaja untuk penerbit.

Justeri itu, orang ramai perlu terus menyokong filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan khususnya dan semua filem tempatan yang ditayangkan di panggung wayang kerana penerbit mengeluarkan kos yang besar dan suka untuk mendapatkan untung besar.

1/Post a Comment/Comments

  1. Macam tinggi kutipan dia, tapi sayang bila banyak sangat kena caj. Saya sendiri tak tengok lagi, takut macam terlalu letak high expectation dengan filem ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post