Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Selepas tayangan di Astro First sebelum ini, filem Superbike The Movie akan menemui penonton sekali lagi pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam dan kali ini bersiaran di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 dan Astro Go.

Filem ini telah diterbitkan oleh syarikat produksi Storyfarm Post dan diarahkan oleh pengarah Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi.

Sinopsis Filem Superbike The Movie

Telefilem Superbike The Movie menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Shiqin Kamal, Zul Handyblack, Hamid Gurkha, Fizo Omar, Mia Ahmad, Abam Bocey, Mikael Andre, Joe Bugis dan ramai lagi.

  • Kamal Adli sebagai Bugis
  • Shiqin Kamal sebagai Ilya
  • Zul Handyblack sebagai Ajak
  • Hamid Gurkha sebagai Pak Hamid
  • Fizo Omar sebagai Aeron
  • Mia Ahmad sebagai Miza

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan penunggang superbike yang diketuai oleh Bugis iaitu seorang kaki novel dan pencinta novel cinta. Ianya menggelarkan kumpulan mereka sebagai Pirate Bikers.

Cerita ini mengenai kehidupan seharian mereka. Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi, kena sama polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Pak Hamid yang telah menemukan Bugis dengan Ilya. Bagaimanapaun, sebelum itu Pirate Bikers terlebih dulu diajar Pak Hamid kerana suka berlumba dijalanan, bukan dilitar yang disediakan. Pak Hamid telah mengalahkan mereka dalam perjalanan ke Lemang Toki.

Dalam masa sama, kemesraan antara Pak Hamid dan Ilya disalah anggap Bugis. Bugis menyangka Pak Hamid adalah sugar daddy kepada Ilya hingga sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk Ilya.

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

Filem Superbike The Movie Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post