Senarai Pasukan Yang Layak Ke Piala Asia 2023

Senarai Pasukan Bola Sepak Layak Ke Piala Asia 2023 Termasuk Malaysia

Ini pastinya berita gembira untuk semua peminat bola sepak tanah air apabila dalam sejarah, pasukan Malaysia layak ke saingan Piala Asia 2023 secara merit selepas 42 tahun yang mana kali terakhir dicatatkan pada tahun 1980.

Kemarau panjang ini akhir temui jalan penghujungnya apabila skuad Harimau Malaya berjaya duduki tangga kedua dalam Kumpulan E dalam Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang mana menjadi antara 5 terbaik naib johan.

Kemaraan ini disahkan dalam perlawanan ketiga menentang Bangladesh apabila Malaysia meledak 4 gol berbalas 1 sekali gus meraih kemenangan dengan pungutan mata secara keseluruhan sebanyak 6 mata dibawah Bahrain (9 mata) dan di atas Turkmenistan (3 mata) dan Bangladesh (0 mata).

Kemenangan dalam perlawanan tersebut disumbangkan oleh Safawi Rasid (16'), Dion Cools (38'), Syafiq Ahmad (47') dan Darren Lok (73'). Manakala Bangladesh peroleh jaringan tunggal yang disumbangkan oleh Mohammad Ibrahim pada minit 31.

Dalam saingan kelayakan tersebut Malaysia meraih kemenangan berdepan Turkmenistan dengan 3 gol berbalas 1, kemudian menerima kekalahan berhadapan dengan Bahrain dengan jaringan 1-2 dan akhirnya peroleh kemenangan terpenting melawan Bangladesh. Kesemua perlawanan telah berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

BACAKeputusan Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Skuad Kim Pan Gon kini sebaris dengan barisan pasukan terkuat di rantau Asia apabila lengkap sebanyak 24 pasukan telah disenaraikan untuk sertai AFC Piala Asia 2023 kelak.

Senarai Pasukan Yang Layak Ke AFC Piala Asia 2023

Pada awalnya sebanyak 13 pasukan yang telah menempah slot ke Piala Asia 2023 dan kemudian 11 pasukan lagi mengikut jejak langkah menerusi pusingan akhir kelayakan yang berlangsung bermula 8 Jun hingga 14 Jun 2022 yang lalu.

Kali ini 4 pasukan terkuat Asia Tenggara telah melayakkan diri ke temasya tertinggi bola sepak rantau Asia tersebut iaitu Thailand, Vietnam, Malaysia dan Indonesia. Berikut merupakan senarai pasukan dalam Kejohanan Piala Asia 2023

Senarai Pasukan Yang Layak Ke AFC Piala Asia 2023

Senarai yang layak - Australia, Jepun, Iran, Iraq, Korea, Lebanon, Palestine, Oman, China, Qatar, UAE, Saudi Arabia, Vietnam, Jordan, Syria, Uzbekistan, India, Bahrain, Tajikistan, Thailand, Malaysia, Kyrgyzstan, Hong Kong dan Indonesia

Tahniah Harimau Malaya telah melakar sejarah buat peminat dan pasukan bola sepak negara. Jumpa di Piala Asia 2023.


Sumber : Football Association Malaysia (FAM)

1/Post a Comment/Comments

  1. tahniah harimau malaya...semoga beroleh kejayaan nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post