Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Program nyanyian bagi mencari bakat cilik kini kembali lagi. Kali ini seramai 10 peserta bakal berentap dalam program Ceria Popstar Xtra 2022 yang mana bakal berlangsung bermula 29 Jun 2022 menerusi saluran nombor satu kanak-kanak, Astro Ceria.

Kali ini lebih menarik apabila mengenakan tema gaming, 'Game On' sehingga akan ada karakter misteri yang dikenali sebagai C-X yang ditugaskan sebagai juri misteri yang hanya dipaparkan suara dan animasi di skrin. Identiti juri tersebut hanya akan di dedahkan pada minggu ketujuh ianya bersiaran.

Barisan peserta akan berentap setiap selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara dan seterusnya bakal membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM20,000.

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein akan ditugaskan sebagai pengacara utama. Manakala Johan bersama Mas Idayu dan juga juri C-X akan duduk di kerusi juri tetap bagi mengadili setiap 10 peserta yang bertanding setiap minggu.

Ceria Popstar Xtra 2022 akan mula bersiaran setiap hari Rabu, pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Cerita 611 atau boleh tonton secara On Demand dan strim secara online di Astro Go.

Senarai Peserta Ceria Popstar Xtra 2022

Berikut merupakan senarai 10 peserta yang bertanding dalam Cerita Popstar Xtra 2022 :

1) - Zaki Yamani

Zaki Yamani

Nama : Ahmad Zaki Yamani Bin Jamal Ubaidillah
Umur : 16 tahun
Asal : Kajang, Selangor
Instagram : @zakiyamani._

Trivia

  • Anak kepada penyanyi pop Malaysia, Jamal Abdillah
  • Pernah memasuki All Together Now Malaysia
  • Mempunyai single pertama, Percayaku bersama Bibi Qairina

2) - Dhiyaa

Dhiyaa

Nama : Dhiyaa Raidah Alisha Binti Ruzaimi
Umur : 11 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @dhiyaa_raidah

Trivia

  • Pandai menyanyi dan menari
  • Pernah berlakon sebagai extra dalam drama Dia Bukan Bidadari

2) - Faleeq

Faleeq

Nama : Said Faleeq Bin Mohd Fareez
Umur : 8 tahun
Asal : Puchong, Selangor
Instagram : @faleeqgrowingupadventure

Trivia

  • Peserta terkecil dan termuda dalam Ceria PopStar Xtra 2022
  • Pernah menjadi model untuk Runaway Cheetah
  • Pelakon drama dan juga TVC

4) - Dilla

Dilla

Nama : Putri Nur Fadillah Binti Abdul Rahim
Umur : 15 tahun
Asal : Merlimau, Melaka
Instagram : @dilla_official.07

Trivia

  • Datang dari keluarga yang sangat susah, tetapi ingin berjaya dalam program ini
  • Minat Kpop dan suka rap serta menari Kpop
  • Meminati Sean Lee, Dolla, Misha Omar, Jackly Victor dan Siti Nurhaliza

5) - Amani

Amani

Nama : Zuhairah Amanina Farhanah Binti Mohamad Faudzi
Umur : 12 tahun
Asal : Pasing Gudang, Johor
Instagram : @zuhaira_amani

Trivia

  • Pernah menjadi johan pertandingan karaoke terbuka
  • Fobia dengan lipan
  • Cita-cita ingin menjadi Guru Muzik (Vokal)

6) - Marsha

Marsha

Nama : Nur Marsha Auni Zahira Binti Mohd Rizal Fuadzam
Umur : 13 tahun
Asal : Selayang, Selangor
Instagram : @adikmarsha

Trivia

  • Mempunyai suara serak basah seperti Ella
  • Pernah viral busking di Bukit Bintang
  • Busking memberi semangat beliau untuk menjadi penyanyi
  • Memiliki sepasang mata berwarna coklat asli

7) - Dinda Dania

Dinda Dania

Nama : Dania Zafirah Binti Sulaiman
Umur : 17 tahun
Asal : Sepang, Selangor
Instagram : @dindadania_official

Trivia

  • Ada band sendiri dan mempunyai 5 ahli
  • Finalis Bintang Kecil RTM2016 (Wakil Negeri Sembilan) & Peringkat Kedua Ceria Online Star
  • Fobia badut dan anjing
  • Berpewatakan 'boyish' dan lebih selesa berkawan dengan lelaki

8) - Damia

Damia

Nama : Fathin Nur Insyierah Damia Binti Mohamad Khalil
Umur : 16 tahun
Asal : Taiping, Perak
Instagram : @damiaofficial5

Trivia

  • Protege Harry Khalifah
  • Single pertam Pasrah dengan 15 juta tontonan
  • Pernah viral sebab video menyanyi dengan Apak 2.1 juta views

9) - Ariff

Ariff

Nama : Ariff Hilmy Bin Muhammad Amir
Umur : 17 tahun
Asal : Klang, Selangor
Instagram : @ariffhilmy._

Trivia

  • Anak saudara Yazi Zakaria iaitu seorang Konduktor Orkestra Istana Budaya
  • Suka mengumpul boots dan hanya mampu beli boots bundle sahaja
  • Pernah bekerja sambilan di program Shopee pada tahun 2022

10) - Iqmal

Iqmal

Nama : Muhamad Nur Iqmal Bin Romizan
Umur : 17 tahun
Asal : SImpang Pertang, Negeri Sembilan
Instagram : @iqmalromi._

Trivia

  • Pandai menari dan bermain gitar
  • Mempunyai suara seakan Haqiem Rusli
  • Bercita-cita ingin menjadi penyanyi dan membantu keluarga

Siapakah yang bakal meraih gelaran juara kali ini dalam Cerita Popstar Xtra 2022? Nantikan...

Sumber : hellokerja.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post