Telefilem Jodoh Syaitan Di Astro Citra

Telefilem Jodoh Syaitan Di Astro Citra

Minggu ini, Astro bawakan sekali lagi telefilem Jodoh Syaitan yang akan menemui penonton pada 18 Jun 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra. Selain itu boleh tonton secara On Demand atau di Astro Go.

Telefilem seram komedi ini diarahkan oleh Ismail Bob Hasim, dengan penghasilan skrip oleh Epy Kodiang dan diterbitkan oleh syarikat produksi DA Motion Media Sdn. Bhd. Ianya juga merupakan telefilem terakhir arwah Abam Bocey.

Sinopsis Telefilem Jodoh Syaitan

Telefilem Jodoh Syaitan menampilkan barisan pelakon seperti Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Fauziah Nawi, Kamarol Hj Yusuf, Intan Mazatul Nisa, Siti Sarah Daud bersama dengan penampilan istimewa daripada Ustaz Dato' Shahrihan Shafie dan Mokharul Shamsul Mokhtar.

  • Soffi Jikan sebagai Megat
  • Aprena Manrose sebagai Mawar
  • Abam Bocey sebagai Kulop
  • Jay Iswazir sebagai Awang
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Timah
  • Kamarol Hj Yusuf sebagai Tok Salleh

⏩ Tonton Telefilem Jodoh Syaitan - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Megat iaitu seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan diminta ibunya untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar.

Pada masa yang sama, Tok Chai bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Tok Chai bagi memenuhi hawa nafsunya.

Telefilem Jodoh Syaitan Di Astro Citra

Telefilem Jodoh Syaitan Di Astro Citra

Telefilem Jodoh Syaitan Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post