Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat Di TV9

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat Di TV8

Saksikan telefilem Sayang Awak Sangat Sangat yang akan menemui penonton pada 15 Jun 2022, hari Rabu pada jam 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem ini merupakan arahan Dharma Aizat Baharom dengan penghasilan skrip oleh panel syarikat produksi sendiri Mangkin Prestij Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat menampilkan barisan pelakon hebat seperti arid Kamil, Atiqah Suhaimie, Yassin Yahya, Kamarool Hj. Yusoff, Ropie, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Pablo Amirul dan ramai lagi.

  • Farid Kamil sebagai Iman
  • Atiqah Suhaimie sebagai Tiara
  • Yassin Yahya sebagai Bob Macey
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Nyoman
  • Ropie sebagai Diano
  • Intan Ladyana sebagai Hana + Nina
  • Zalif Sidek sebagai Kamal
  • Pablo Amirul sebagai Farid

⏩ Tonton Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat - Link 1 | Link 2 | Youtube

Ianya mengisahkan tentang Iman, yang sejak kecilnya fobia dengan sambutan hari lahirnya sendiri kerana kejutan dari ibu dan ayahnya dalam kegelapan membuatkan dia terkencing di dalam seluar.

Sejak dari itu dia memang tidak suka sesiapa pun membuat kejutan kepadanya tidak kiralah walaupun orang yang tersayang yang melakukannya kerana dalam fikirannya, jika ibu dan ayahnya sendiri boleh melakukannya, orang lain juga boleh melakukan perkara yang sama.

Kini Iman sudah berkahwin dengan isterinya Tiara dan bulan madu di sebuah resort sempena pakej perkahwinan mereka berdua. Setelah beberapa tahun dia cuba untuk menghindari daripada kejutan hari jadi itu, akhirnya dia tidak perlu risau setelah dia berkahwin dengan Tiara.

Sejak perkenalan dia dengan Tiara dia tidak lagi berada di dalam ketakutan. Namun segalanya berubah ketika percutiannya bersama Tiara di sebuah resort. Tiara sebenarnya merancang kejutan hari jadi Iman semasa bulan madunya itu.

Iman merancang dengan teliti sehingga rancangan itu menjadi. Walaubagaimanapun Iman akhirnya tidak lagi fobia dengan kejutan hari jadinya itu.

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat Di TV8

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat Di TV8

Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat Di TV8

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post