Telefilem Selut Di TV2

Telefilem Selut Di TV2

Saksikan telefilem terbaru RTM bertajuk Selut yang akan menemui penonton pada 30 Januari 2023, hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi AnsarComp (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Nor Azam Haji Ali aka Azam Kong dengan idea asal yang juga merangkap penulisan skrip daripada Haida Mazni Mohammad.

Sinopsis Telefilem Selut

Telefilem Selut menampilkan barisan pelakon seperti Amar Asyraf, Puteri Sarah Liyana, Juita Johari, Shah Faris, Syed Ali Muthada, Yaacob Bin Abd Aziz dan ramai lagi.

  • Amar Asyraf sebagai Amir
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Mawar
  • Yaacob Bin Abd Aziz sebagai Pak Mael
  • Syed Ali Murthada sebagai Mamat
  • Shah Faris sebagai Muhsin

⏩ Tonton Telefilem Selut - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Amir yang dibesarkan di kawasan luar bandar dimana sejak kecil bermain dengan selut. Dia dibesarkan dalam keluarga yang baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Amir akhinya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan seorang gadis pilihan hatinya, Mawar. Selepas berkahwin, Amir bawa pulang ke kampung halamannya kembali dan disinilah terjadi satu konflik antara dia dan ibu Mawar. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Telefilem Selut Di TV2

Telefilem Selut Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post