Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit Di Awesome TV

Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit Di Awesome TV

Saksikan telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit yang akan menemui penonton pada 22 Jun 2022, hari Rabu pada jam 10.00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Eyra Rahman dengan hasil nukilan skrip daripada panel skrip MIG sendiri.

Sinopsis Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit

Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit menampilkan barisan pelakon seperti Qi Razali, Nora Danish, Shuk, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Pablo, Kaza, Sharisa Aris, Kiah Propa, David Teo dan ramai lagi.

  • Qi Razali sebagai Awie
  • Nora Danish sebagai Asyikin
  • Shuk sebagai Mus
  • Atikah Suhaime sebagai Wani

⏩ Tonton Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Asyikin yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin, seorang ketua kampung yang tegas. Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Che Awang dan Awie merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka. Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri.

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit Di Awesome TV

Telefilem Suamiku Jatuh Dari Langit Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post