Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Masters 2022

Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Masters 2022

BWF World Tour Series diteruskan dengan kejohanan Malaysia Masters 2022 yang akan berlangsung pada 5 Julai sehingga 10 Julai 2022 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas habis Malaysia Open.

BACA : Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton BWF Malaysia Masters 2022

Dengan itu juga, pihak penganjur telah mengumumkan berita baik kepada semua peminat badminton tanah air dimana tiket masuk bagi kejohaan ini akan mula dijual pada 16 Jun 2022 pada jam 2.00 petang.

Cara Beli Tiket Masuk Malaysia Masters 2022

Orang ramai boleh dapatkan tiket masuk secara online sahaja di pautan my.bookmyshow.com/e/PERMMS22 dan klik pada "Book Now" untuk dapatkan tiket harian. Dengan tawaran harga serendah RM12 sehingga harga Super Fan RM1300. Untuk hari pertama sahaja, 5 Julai 2022, kemasukan adalah percuma.

Terdapat 4 kategori tiket iaitu Upper Tier, Lower Tier, Premium, VIP dan Super Fan dan harga berbeza mengikut peringkat perlawanan (Pusingan 32 - Final) dan semuanya adalah free seating.

Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Masters 2022

Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan Malaysia Masters 2022

Terma & Syarat

Antara terma dan syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu tunjuk e-tiket anda sebelum memasuki stadium
  2. Kod QR pada tiket anda tersebut akan diimbas sebelum masuk
  3. Satu tiket hanya untuk satu orang sahaja
  4. Makanan dan minuman dibenarkan bawa masuk 
  5. Perlu memakai facemask setiap masa ketika berada di dalam stadium

Diharapkan orang ramai dapat penuhi setiap ruang stadium bagi memberi semangat kepada para pemain terutamanya pemain negara bagi mengharungi kejohanan Malaysia Masters 2022 kali ini.

Selain itu, jika anda ingin dapatkan merchandise yang dibawakan oleh Petronas bagi sukan badminton kali ini seperti t-shirt, jersi, aksesori dan sebagainya, boleh dapatkan secara online di www.petronasmerchandise.com

Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web my.bookmyshow.com/e/PERMMS22

1/Post a Comment/Comments

  1. Macam seronok je tengok depan-depan. Saya stadium bola pun belum sampai huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post