Drama Honeymoon Di TV3

Drama Honeymoon Di TV3

Saksikan drama Honeymoon yang akan menemui penonton bermula 16 Julai 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama 20 episod ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu 'Honeymoon' karya Nurhayati Ishak dimana bakal menggantikan drama yang mendapat sambutan hebat, Melur Untuk Firdaus.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache Allstar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah hebat Pali Yahya dengan penulisan skrip daripada Natasya Farhana.

Sinopsis Drama Honeymoon

Drama Honeymoon menampilkan barisan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar, Rashdan Baba, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

  • Zara Zya sebagai Moon
  • Ben Amir sebagai Ilham
  • Wanns Ahmad sebagai Jiman
  • Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah

Tonton Drama Honeymoon - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Moon dan Ilham yang mana mereka mempunyai perbezaan watak yang sangat ketara antara satu sama lain.

Moon memiliki saiz tubuh yang besar tetapi perangainya lurus bendul dan banyak cakap. Manakala Ilham pula seorang yang penuh rahsia dan sangat pendiam. Namun, rezeki merek bertemu secara tidak sengaja.

Oleh itu, Moon dijodohkan dengan ilham tanpa mengetahui siapakah tunangannya itu. Walaupun mereka telah bertemu di tepi sungai, tetapi ketika itu mereka masih lagi belum mengenali antara satu dengan yang lain.

Selepas berkahwin, hubungan rumah tangga mereka bergolak apabila Ilham terlalu sibuk dengan kerjayanya. Maka Moon pula geram dengan perangai Ilham dan ingin merancana sesuatu terhadap suaminya.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Ilham berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka dan kembali kepada isterinya itu?

Drama Honeymoon Di TV3

Drama Honeymoon Di TV3

1/Post a Comment/Comments

  1. novel dia duk la dalam cart shopee, tak checkout smpai la skrg hehe, kalau tengok drama je okay tak ehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post