Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

Saksikan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang akan menemui penonton pada 7 Julai 2022, hari Khamis di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 dan Astro Go. Anda boleh sewa dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam.

Filem romantik ini merupakan terbitan syarikat produksi KRU Studios bersama Bloombordia Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah wanita, Eyra Rahman dengan nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Sinopsis Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin menampilkan barisan pelakon seperti Nora Danish, MK K-Clique, Ropie, Yassin, Vaneesa Reynauld, Azizah Mahzan, Sham Visa, Alya Iman dan ramai lagi.

  • Nora Danish sebagai Syifa
  • MK K-Clique sebagai Amar
  • Alya Iman sebagai Natasha
  • Vanessa Reynauld sebagai Ana
  • Ropie sebagai Rafi
  • Yassin sebagai Kyle
  • Sham Visa sebagai Anuar Riza
  • Azizah Mahzan sebagai Nenek

Tonton Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kisah Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.

Hanya tinggal 7 minggu saja lagi namun pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka. Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar.

Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena separas.

Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, kawan baik Amar dengan nama perempuan lain serta pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.

Setiap masalah yang muncul  telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem 7 Minggu Sebelum Kahwin Di Astro First"