Filem Kampung Drift Di TV2

Filem Kampung Drift Di TV2

Sebuah filem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 iaitu Kampung Drift akan menemui penonton semula pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.30 malam menerusi saluran TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Filem ini telah diterbitkan oleh syarikat produksi Mico Studios dan telah diarahkan oleh Nevin Hiong yang juga merangkap sebagai penulis skrip.

Sinopsis Telefilem Kampung Drift

Telefilem Kampung Drift menampilkan barisan pelakon seperti Fatin Afeefa, Pablo Amirul, Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Zalfa Zin, Syazwan Yunos, Chen Sin Foo, Esma Daniel, Kamarol Haji Yusuf, Ieda Moin dan ramai lagi.

  • Fatin Afeefa sebagai Julia
  • Pablo Amirul sebagai Ray
  • Pekin Ibrahim sebagai Acai
  • Syafie Naswip sebagai Johan

⏩ Tonton Filem Kampung Drift - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis 'gila', Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu.

Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift. Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur.

Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

Filem Kampung Drift Di TV2

Filem Kampung Drift Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post