Jadual Perlawanan Badminton Berpasukan Sukan Komanwel 2022

Jadual Perlawanan Badminton Berpasukan Sukan Komanwel 2022

Salah satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 adalah sukan Badminton yang akan berlangsung sepanjang temasya iaitu bermula 29 Julai hingga 8 Ogos 2022.

BACA : Jadual Perlawanan Badminton Individu Sukan Komanwel 2022

Sukan Badminton bakal mengetengahkan 2 kategori iaitu acara Berpasukan Campuran (Mixed Team Event) dan acara individu (Individual Event) yang mana bakal mempertaruhkan 6 pingat emas kesemuanya.

Sama seperti sukan lain juga, Malaysia menghantar atlet dan pasukan terkuat bagi menghadapi sukan ini yang mana ianya juga menjadi antara sasaran pingat emas untuk Birmingham 2022.

Untuk acara Berpasukan Campuran, terdapat 4 kumpulan dengan membabitkan 4 negara bagi setiap kumpulan. Manakala 2 pasukan teratas akan layak ke peringkat kalah mati seterusnya merebut pingat yang ditawarkan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 4 bersama-sama Afrika Selatan, Jamaica dan Zambia.

  • Kumpulan 1 - India, Australia, Sri Lanka, Pakistan
  • Kumpulan 2 - England, Singapura, Mauritius, Barbados
  • Kumpulan 3 - Kanada, Scotland, Maldives, Uganda
  • Kumpulan 4 - Malaysia, Afrika Selatan, Jamaica, Zambia

Senarai Atlet Badminton Malaysia Di Sukan Komanwel 2022 (Berpasukan)

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyediakan 10 atlet dan pasukan badminton terkuat bagi menghadapai sukan Badminton dimana kedua-dua acara; Berpasukan Campuran dan Individu.

[Perseorang Lelaki]

  • Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita]

  • Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki]

  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita]

  • Pearly Tan/Thinaah Muralitharan

[Beregu Campuran]

  • Chan Peng Soon/Cheah Yee Zee
  • Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

Atlet-atlet ini juga bakal menggalas cabaran untuk acara Individu selepas habis acara Berpasukan Campuran ini.

Jadual & Keputusan Pertandingan Badminton Acara Berpasukan Di Sukan Komanwel 2022

Kesemua perlawanan sukan badminton akan berlangsung di National Exhibition Centre, Birmingham. Untuk acara Berpasukan Campuran akan bermula pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2022. Manakala acara Individu bermula 3 hingga 8 Ogos 2022.

Anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro di Astro Arena 801 & 802 beserta Astro Supersport 825 - 828 atau boleh juga strim di Astro Go dan sooka.my

Selain itu, RTM menerusi TV2, TV Okey dan Sukan RTM juga RTM Klik akan bawakan sorotan harian sepanjangn temasya sukan ini berlangsung.

Berikut merupakan senarai jadual pertandingan sukan badminton acara Berpasukan Campuran bagi temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 melibatkan pemain-pemain Malaysia di Kumpulan 4.

*Berikut merupakan waktu Malaysia

29 Julai 2022 (Jumaat)

  • Upacara Pembukaan [3.00AM]

29 Julai 2022 (Jumaat) - Peringkat Kumpulan

Live StreamingLive 1 | Live 2 | Perlawanan akan bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia

  • Malaysia (5) - (0) Zambia

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) - XD
[21-6, 21-3]
K. Mulenga/O. Siamupangila (ZAM)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-9, 21-8]
Chongo Mulenga (ZAM)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
[21-1, 21-2]
E. Chipeleme (ZAM)

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - MD
[21-13, 21-9]
C. Mulenga/K. Mulenga (ZAM)

Pearly Tan/Thinaah M (MAS) - WD
[21-3, 21-5]
O. Siamupangila/E. Chipsleme (ZAM)

---------------------------------------------------

30 Julai 2022 (Sabtu) - Peringkat Kumpulan

Live Streaming : Live 1 | Live 2 Perlawanan akan bermula pada jam 2.00 pagi waktu Malaysia

  • Malaysia (5) - (0) jamaica

Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) - XD
[21-5, 21-12]
Joel Angus/K. Wynter (JAM)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-12, 21-16]
Samuel Ricketts (JAM)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
[21-2, 21-5]
T. Richardsons (JAM)

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - MD
[21-7, 21-11]
Samuel Ricketts/Joel Angus (JAM)

Pearly Tan/Thinaah M (MAS) - WD
[21-8, 21-2]
T. Richardsons/K. Wynter (JAM)

---------------------------------------------------

Live Streaming : Live 1 | Live 2 Perlawanan akan bermula pada jam 9.00 malam waktu Malaysia

  • Malaysia (5) - (0) Afrika Selatan

Aaron Chia/Pearly Tan (MAS) - XD
[21-7, 21-8]
Jarred Elliot/Deidre Jordan (RSA)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-11, 21-8]
Caden Kakrorarsa (RSA)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
[21-15, 21-4]
J. Scholtzrsa (RSA)

Chan Peng Soon/Tan Kian Meng (MAS) - MD
[21-6, 21-9]
Jarred Elliot/Robert Summers (RSA)

Cheah Yee See/Lai Pei Jing (MAS) - WD
[21-18, 21-13]
Deidre Jordaan/J. Scholtzrsa (RSA)

*Malaysia layak ke peringkat Suku Akhir dengan menjuarai kumpulan 4

---------------------------------------------------

31 Julai 2022 (Ahad) - Suku Akhir

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3Perlawanan akan bermula pada jam 6.00 petang waktu Malaysia

  • Malaysia (3) - (0) Sri Lanka

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) - XD
[21-14, 21-14]
Sachin Dias/Thilani Hendahewa (SRI)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-5, 21-14]
Niluka Karunaratne (SRI)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
[21-9, 21-15]
Suhasni Vidanage (SRI)

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - XD
VS
Sachin Dias/Dumindu A (SRI)

Pearly Tan/Thinaah M (MAS) - WD
VS
Suhasni Vidanage/Thilani Hendahewa (SRI)

---------------------------------------------------

1 Ogos 2022 (Isnin) - Separuh Akhir

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3Perlawanan akan bermula pada jam 6.00 petang waktu Malaysia

  • Malaysia (3) - (0) England

Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) - XD
[12-21, 21-18, 21-13]
Marcus Ellis/Lauren Smith (ENG)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-13, 21-14]
Toby Penty (ENG)

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - MD
[21-17, 21-18]
Ben Lane/Sean Vendy (ENG)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
VS
Freya Redfearn (ENG)

Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) - WD
VS
Chloe Birch/Lauren Smith (ENG)

---------------------------------------------------

  • Singapura (0) - (3) India

2 Ogos 2022 (Selasa)

  • England (0) - (3) Singapura - Penentuan Pingat Gangsa

---------------------------------------------------

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Perlawanan akan bermula pada jam 12.30 pagi waktu Malaysia

  • Malaysia (3) - (1) India - Penentuan Pingat Emas

Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - MD
[21-18, 21-15]
S. Rankireddy/Chirag Shetty (IND)

Goh Jin Wei (MAS) - WS
[20-22, 17-21]
P. V. Sindhu (IND)

Ng Tze Yong (MAS) - MS
[21-19, 6-21, 21-16]
Srikanth Kidambi (IND)

Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) - WD
[21-18, 21-17]
Treesa Jolly/Gayatri G. Pullela (IND)

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) - XD
VS
S. Rankireddy/Ashwini Ponappa (IND)

---------------------------------------------------

Podium

EMAS - Malaysia
PERAK - India
GANGSA - Singapura

Semoga Malaysia berjaya mara ke peringkat lebih jauh sekali gus meraih pingat. Yes! dah menang pingat emas pun! Tahniah Malaysia!

Untuk ketahui jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk www.birmingham2022.com

1/Post a Comment/Comments

  1. Moga Malaysia menang pingat emas dari kem badminton edisi Sukan Komenwel 2022 ini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post