Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1444H/2022

Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1444H/2022

Sempena tahun baru islam iaitu Awal Muharam 1444H yang bakal disambut pada 30 Julai 2022 ini, anda boleh dapatkan senarai ucapan Maal Hijrah kepada kenalan dan sanak saudara sebagai pengganti diri.

Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platform untuk menyampaikan ucapan Awal Muharam seperti di Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Jadi lebih mudah ucapan ini boleh disampaikan.

Jadi semoga perkongsian senarai ucapan dan pantun Maal Hijrah dan Awal Muharam ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk ucapan pada tahun ini.

Senarai Ucapan Dan Pantut Awal Muharam 1444H

Ucapan 1

Menjelma lagi tahun baru,
Penyatuan ummah jiwa dan raga
Muharram membuka lembaran baru
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Ucapan 2

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Ucapan 3

Menjelma lagi Tahun Baru,
Penyatuan Ummah jiwa raga.
Muharam membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Ucapan 4

Kini tiba bulan Muharram 1444 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.

Salam Maal Hijrah 1444, Selamat Tahun Baru Islam.

Ucapan 5

Selamat Menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah.
Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.

Ucapan 6

Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik.
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1443 Hijrah.

Ucapan 7

Salam Maal Hijrah 1443H

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Ucapan 8

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Ucapan 9

Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan

Ucapan 10

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Salam Maal Hijrah 1444H

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post