Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Program komedi nyanyian yang menggabungkan pelawak dan penghibur dalam satu kumpulan dengan trademark 'Dalam Komedi Ada Nyanyian' iaitu Muzikal Lawak Superstar kini sudah memasuki musim ke-3.

Muzikal Lawak Superstar 3 untuk tahun 2022 kali ini bakal menampilkan elemen rumpun Melayu yang mana mempertarukan 12 kumpulan dengan edisi kali ini bakal menampilkan pelawak-pelawak lama, penyanyi, pelakon dan juga content creator ataupun personaliti media sosial.

Musim ini sekali lagi Elly Mazlein atau biasa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom akan berperanan sebagai hos tetap bersama dengan gandingan baru iaitu Sharnaaz Ahmad yang hanya diperkenalkan pada konsert pertama pada malam tersebut.

Manakala untuk barisan juri pula, Dato' Awie masih dikekalkan dan bakal didampingi dengan juri-juri baru iaitu pelakon tersohor negara, Siti Saleha dan personaliti terkenal daripada Singapura iaitu Najip Ali.

⏩ Tonton Muzikal Lawak Superstar 2022 Disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Mereka akan menjurikan para peserta dengan 50% daripada markah keseluruhan dan 50% lagi adalah daripada markah undian online yang boleh dibuat di rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 manakala naib juara pula akan meraih RM75,000. Untuk tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 dan kesemuanya pulang bersama trofi.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Super 3 Tahun 2022

Muzikal Lawak Super 3 akan membuka tirai untuk konsert pertama pada 22 Julai 2022, yang mana akan bersiaran setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Berikut merupakan senarai 12 kumpulan yang terdiri daripada 3 peserta dengan latar belakang yang berbeza bagi setiap ahli dan termasuk ada peserta dari Jepun.

1)  Abioso - Sarip, Amin, Puspa Gomen

Abioso

2)  Arteh - Has, Dewa, Qody Rany

Arteh

3)  Bahroy - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan

Bahroy

4)  Benjo - Nozz Hazwan, Filzah Azmi, Kinjo

Benjo

5)  Cili - Ali Puteh, Achey, Shiha Zikir

Cili

6)  Joki - Gomok Gahai, Fuad Nasir, Beby Acha

Joki

7)  Ngam - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin

Ngam

8)  OOD - Man Raja Lawak, Chiwan, Zahid

OOD

9)  Selit - Ajo, Azmir CUIT, Shidi Data

Selit

10)  Sobat - Che Mat, Najua P. Ramlee, DD Chronicle

Sobat

11)  Ubi - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie

Ubi

12)  Wisel - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norzaman

Wisel

Senarai Peserta Yang Tersingkir

  • Minggu 1 - Tiada Penyingkiran
  • Minggu 2 - Benjo & Sobat
  • Minggu 3 - Abioso
  • Minggu 4 - Joki
  • Minggu 5 - Selit
  • Minggu 6 - Tiada Penyingkiran
  • Minggu 7 - Wisel
  • Minggu 8 (Suku Akhir) - Ngam
  • Minggu 9 (Separuh Akhir) - Arteh
  • Minggu 10 (Final) - Siapa juara???


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post