Senarai Peserta Dewi Remaja 2022

Senarai Peserta Dewi Remaja 2022

Dewi Remaja 2022 kini kembali dengan seramai 16 peserta akan bersaing dalam mengejar takhta juara yang akan berlangsung bermula 16 Julai 2022.

Untuk edisi kali ini, Fikry Ibrahim akan mengelola program setiap minggu sebagai hos tetap manakala Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta akan menjadi juri tetapi disamping juri jemputan yang dijemput setiap minggu bagi mengadili semua peserta.

Musim baru ini pastinya akan memberi saingan sengit kepada semua peserta kerana masing-masing memiliki keperibadian dan latar belakang yang pelbagai disamping karakter menarik yang akhirnya salah seorang akan diangkat sebagai Dewi Remaja.

BACA : Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Pencarian Dewi Remaja 2022 akan berlangsung sebanyak 8 episod dimana akan bersiaran setiap hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go mulai 16 Julai ini.

Senarai 16 Peserta Dewi Remaja 2022

Siapakah yang bakal meneruskan legasi Dewi Remaja sama seperti Shaza Bae, Raysha Rizrose, Neelofa dan ramai lagi. Ini merupakan senarai peserta Dewi Remaja 2022

1) - Auni

Auni

Nama : Siti Auni Safiya Yusri
Umur : 22 Tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Shah Alam
Instagram : @auniyusrii

Trivia Menarik

  • Meminati bidan pengacaraan
  • Menyimpan impian menjadi seorang hos di program berskala besar seperti Gegar Vaganza
  • Meminati Ain Edruce sebagai pengacara tempatan
  • Pernah berlakon dalam drama bersiri Keluarga Instafamous

2) - Fifi

Fifi

Nama : Fifi Filan Tisya Binti Mohd Zain
Umur : 20 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Instagram : @miss_fififilan

Trivia Menarik

  • Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri hiburan
  • Ini merupakan pengalaman pertamanya dalam sesebuah pertandingan
  • Meminati bidang nyanyian tetapi ingin menjadi seorang pelakon terlebih dahulu

3) - Keeran

Keeran

Nama : Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh
Umur : 25 Tahun
Asal : Pahang
Pendidikan : Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi, UKM
Instagram : @keeranpraval

Trivia Menarik

  • Berbangsa Punjabi dan fasih dalam bahasa Hindi, Melayu dan Inggeris
  • Cita-cita untuk bergelar seorang usahawan
  • Menjadikan Neelofa sebagai inspirasi

4) - Reezlyn

Reezlyn

Nama : Nurshafeera Reezlyn Binti Shamsul Azhar
Umur : 18 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Instagram : @reezlynshafeera

Trivia Menarik

  • Merupakan finalis Dewi Remaja 2022 yang paling muda
  • Seorang gadis berdarah kacukan India dan Cina
  • Menjadi Raysha Rizrose sebagai idola

5) - Dina

Dina

Nama : Dina Allysha Binti Aminuddin
Umur : 21 Tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM Rembau
Instagram : @dinaallysha_

Trivia Menarik

  • Merupakan anak pertama daripada empat adik-beradik
  • Ingin menjadi seorang ahli motivasi yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai
  • Impian untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah filem

6) - Melissa

Melissa

Nama : Melissa Quek Ai Ying
Umur : 20 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : SAT Level, Penang Ace Homeschool
Instagram : @xcmelaurell_

Trivia Menarik

  • Pernah menceburkan diri dalam bidang peragaan dan lakonan
  • Pernah mengutip pengalaman dalam dunia ratu cantik apabila menyertai Miss Grand KL 2022 dan menjadi juara
  • Mampu bertutur dalam sembilan bahasa dan dialek iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Thai, Indonesia, Sunda, Jawa, Kantonis, Mandarin serta Hokkien.

7) - Hyeley

Hyeley

Nama : Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim
Umur : 23 Tahun
Asal : Perak
Pendidikan : Sarjana Muda Psikologi, University of Cyberjaya
Instagram : @hyeley

Trivia Menarik

  • Pernah berlako dalam beberapa buah drama termasuk Derita Untuk Bahagia dan Bukan Syurga Pilihan
  • Gadis berdarah kacukan Pakistan dan boleh berbahasa Urdu
  • Suka lakukan aktiviti lasak seperti mendakit bukit

8) - Malle

Malle

Nama : Malle Christian Anderson Barlus
Umur : 24 Tahun
Asal : Sabah
Pendidikan : Diploma Pembinaan Bangunan, Kolej Vokasional Kudat
Instagram : @millehchristian

Trivia Menarik

  • Seorang gadis berbangsa Rungus
  • Pernah dinobatkan sebagai Miss Cultural Ambassador Kudat 2019

9) - Bee Aishah

Bee Aishah

Nama : Siti Nur Aishah Bee Binti Md Nor
Umur : 22 Tahun
Asal : Johor
Pendidikan : Diploma Perfileman, UiTM Puncak Perdana
Instagram : @beeaishah_

Trivia Menarik

  • Seorang guru tadika yang mengajar subjek English di sekolah tadika jenis Cina
  • Memiliki personaliti ceria dan perwatakannya yang sentiasa tersenyum

10) - Zafira

Zafira

Nama : Zafira Natasya Yong
Umur : 21 Tahun
Asal : Johor
Pendidikan : Sarjana Muda Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam
Instagram : @zafirayong

Trivia Menarik

  • Seorang gadis berdarah kacukan Cina dan fasih berbahasa Mandarin
  • Seorang gadis yang petah bercakap
  • Ingin menjadi seorang pelakon, model dan wakil projek kemanusiaan seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Michelle Yeoh

11) - Eiman

Eiman

Nama : Wan Nurul Eiman Binti Wan Zulkifli
Umur : 24 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Sarjana Muda Pendidikan TESL, UM
Instagram : @emnwnzl

Trivia Menarik

  • Seorang gais yang petah berbicara dan yakin apabila melontarkan pendapat
  • Lahir di Sarawak dan membesar di Afrika Selatan
  • Bercita-cita untuk mejadi pengacara

12) - Kimberly

Kimberly

Nama : Kimberly Chuah Ching Li
Umur : 22 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Instagram : @kimberly.chuah

Trivia Menarik

  • Peserta berbangsa Cina tetapi sangat fasih berbahasa Melayu
  • Merupakan pelakon dalam siri adaptasi She Was Pretty

13) - Tracie

Tracie

Nama : Tracie Sinidol
Umur : 21 Tahun
Asal : Sabah
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Instagram : @traciesinidol_official

Trivia Menarik

  • Pernah viral kerana memiliki wajah seakan Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy
  • Pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan
  • Pernah berlaku dalam telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar

14) - Alyssa

Alyssa

Nama : Noor Alyssa Binti Ahmad Azmi
Umur : 20 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Sarjana Muda Kejuruteraan Kewangan, Multimedia University
Instagram : @alyssaazmi

Trivia Menarik

  • Merupakan anak bongsi daripada tiga adik-beradik
  • Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli motivasi yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai
  • Terinspirasi daripada primadona Hollywood, Audrey Hepburn

15) - Janani

Janani

Nama : Janani Baskaran
Umur : 24 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Trent University Kanada
Instagram : @jannybaskaran

Trivia Menarik

  • Satu-satunya peserta berketurunan India dalam program Dewi Remaja 2022 kali ini
  • Pernah terlibat dalam produksi filem terbitan Disney; Secret Society Second Born Royals
  • Pernah menjadi finalis Miss Malaysia World 2016
  • Mengidolakan Scha Alyahya

16) - Rasyiqah

Rasyiqah

Nama : Nur Rasyiqah Binti Johan
Umur : 20 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan : Asasi Pengurusan, UNITAR
Instagram : @raasyiqa

Trivia Menarik

  • Pernah memenangi pertandingan pencarian model I Am Model Search pada tahun 2020
  • Pernah muncul dalam iklan komersial 
  • Aktif dalam sukan Muay Thai
  • Mengidolakan pelakon Maya Karin dan Priyanka Chopra


Sumberwww.remaja.my/dewi

1/Post a Comment/Comments

  1. matang matang wajahnya dimekapkan. teringat zaman usia 18 tahun.. lipstik sebatang pun kongsi satu rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post