Telefilem Bukan Khadijah Di TV1

Telefilem Bukan Khadijah Di TV1

Saksikan telefilem khas sempena Maal Hijrah berjudul Bukan Khadijah yang akan menemui penonton pada 30 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh Unit Drama RTM sendiri yang mana ianya merupakan idea asal daripada Nor Ashikin Zainal yang juga bertindak sebagai pengarah. Manakala Che Li bertanggungjawab untuk menulis skrip bagi naskah ini.

Sinopsis Telefilem Bukan Khadijah

Telefilem Bukan Khadijah menampilkan barisan pelakon seperti Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Esma Daniel, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Yuyun Hikmah, Najua Nasir, Juita Johari, Puteri Rafasya, Adriana Qasmia, Shazman Isaac dan ramai lagi.

  • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  • Azrel Ismail sebagai Azlan
  • Esma Daniel sebagai Zamri
  • Laila Nasir sebagai Salmah
  • Sahronizam Noor sebagai Baha
  • Yuyun Hikmah sebagai Kina
  • Najua Nasir sebagai Yati
  • Juita Johari sebagai Melah

⏩ Tonton Telefilem Bukan Khadijah Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang penghijrahan seorang gadis 'kasar' bernama Khadijah yang merupakan penderita Retrograde Amnesia dan berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapakah dirinya yang sebenar.

Namun segala kebenaran itu begitu pedih hingga dia tidak sanggup untuk mengingati memori silamnya yang dicemari titik gelap. Kebenaran demi kebenaran terbongkar membuatkan hidupnya diselubungi sengsara.

Telefilem Bukan Khadijah Di TV1

Telefilem Bukan Khadijah Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post