Telefilem Campervan Haji Meon Di TV Alhijrah

Telefilem Campervan Haji Meon Di TV Alhijrah

Saksikan telefilem khas Aidiladha berjutul Campervan Haji Meon yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada jam 10.00 malam menerusi saluran TV Alhijrah atau boleh strim secara online di Alhijrah Plus.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dengan hasil nukilan skrip daripada Zabiri Mohamed.

Sinopsis Telefilem Campervan Haji Meon

Telefilem Campervan Haji Meon menampilkan barisan pelakon seperti Jalil Hamid, Fauziah Nawi, Yamani Abdillah dan ramai lagi.

Saksikan Telefilem Campervan Haji Meon - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Haji Meon (Jalil Hamid) iaitu seorang bekas drummer dan vocalist kugiran The Lenggong Boys ketika dulu yang memiliki sebuah vespa antik yang memiliki nilai sentimental bilamana ketika remaja dia mengurat isterinya dengan vespa tersebut.

Tiba-tiba tanpa pengetahuan isterinya, Haji Meon tukar (barter trade) vespa itu dengan sebuah Campervan Secondhand beberapa hari sebelum bertolak menunaikan haji. Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu. Haji Meon dapat naik haji lagi!

Kali ini, sebelum berangkat, Haji Meon menyimpan hasrat untuk mecari semula anggota lama kugiran masa mudanya tetapi tidak tahu alamat. Jadi sepanjang perjalanan Haji Meon, isteri dan anaknya kerap berbalah.

Tiba-tiba Haji Meon, isteri dan anaknya ditahan polis dan masuk lokap kerana tanpa pengetahun Haji Meon, Campervan yang digunakannya tersebut adalah campervan curi.

Dapatkah Haji Meon berjumpa dengan semua sahabat-sahabat lamanya sebelum berangkat ke Tanah Suci?

Telefilem Campervan Haji Meon Di TV Alhijrah

Telefilem Campervan Haji Meon Di TV Alhijrah

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post