Telefilem Isyarat Cinta Alya Di TV1

Telefilem Isyarat Cinta Di TV1

Saksikan telefilem Isyarat Cinta Alya yang akan menemui penonton pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Fimie Don dengan nukilan skrip daripada si ibunya iaitu Mami Zubi. Diterbitkan oleh syarikat produksi Fifteen Empire Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.

Sinopsis Telefilem Isyarat Cinta Alya

Telefilem Isyarat Cinta Alya menampilkan barisan pelakon seperti Bella Dowanna, Atiq Azman, Hafidzuddin Fazil, Rahim Jailani, Amai Kamarudin, Myra Natasya, Alaina Yusni, Liyana Yusof dan ramai lagi.

  • Bella Dowanna sebagai Alya
  • Atiq Azman sebagai Shah
  • Myra Natasha sebagai Serena

⏩ Tonton Telefilem Isyarat Cinta Alya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kisah Alya yang merupakan gadis bisu dan pekak bersama Shah yang mana cinta mereka mula goyah apabila Shah menghilangkan diri selepas bertemu dengan ayah Alya buat kali pertama.

Disebabkan itu, Alya kecewa dan cuba melupakan Shah. Tiba satu hari, Shah muncul kembali yang mana kali ini dia ingin bertemu dan meminta maaf atas sebab kehilangannya sebelum ini tetapi kemahuannya tersebut ditolak oleh Alya.

Akhirnya berjayakan Shah mendapatkan kemaafan daripada Alya? Dan kenapakah Shah menghilangkan diri pada awalnya?

Telefilem Isyarat Cinta Di TV1

Telefilem Isyarat Cinta Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post