Telefilem Lebai Sampan Di Astro Ria

Telefilem Lebai Sampan Di Astro Ria

Saksikan telefilem khas sempena Aidiladha bertajuk Lebai Sampan yang akan menemui penonton pada malam raya, 9 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di Astro Go

Telefilem ini merupakan idea asal daripada tuan pengarahnya sendiri Zainorhisyam Samudin dan penulisan skrip daripada Muke Mourinho serta diterbitkan oleh syarikat produksi Gambo.tv

Sinopsis Telefilem Lebai Sampan

Telefilem Lebai Sampan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat antaranya ialah Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir dan ramai lagi. Juga terdapat penampilan khas daripada Pak Nasir Jani.

Tonton Telefilem Lebai Sampan Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir di Mekah serta menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun yang mana juga seorang yang buta penglihatan.

Ianya mengisahkan tentang Ngah Omar juga dikenali sebagai Lebai Sampan yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan "hasrat" dan "takdir".

Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya.

Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan. Imej Mekah dalam simpanan di kamera 3D yang menjadi ubat segala kerinduan.

Telefilem Lebai Sampan Di Astro Ria

Telefilem Lebai Sampan Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post