Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Sempena Aidiladha, RTM ulang siar telefilem Sebelum Pulang yang akan menemui penonton pada 11 Julai 2022, hari Isnin pada jam 3.00 Petang di TV2 atau anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Switch On Entertainment Sdn. Bhd., diarahkan oleh seorang pengarah tidak asing lagi, Bade Hj Azmi dengan penulisan skrip daripada Zarihah Hassan.

asd

Sinopsis Telefilem Sebelum Pulang

Telefilem Sebelum Pulang menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, Ayu Ayuni dan ramai lagi.

⏩ Saksikan Telefilem Di Pintu Syurga - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang iku-liku kehidupan yang dilalui oleh seorang anak yang tidak disukai ayah dan saudaranya kerana beranggapan dia membawa nasib malang.

Walaupun berbagai tohmahan dan penghinaan dilempar kepadanya dia tetap bersabar dan berusaha untuk berbakti kepada kedua orang tuanya.

Dia sanggup berkorban demi membahagiakan kedua orang tuanya. Dia akhirnya meninggal dunia setelah berjaya menghantar kedua mereka menunaikan haji di Mekah.

Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirannya.

Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya.

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

Telefilem Sebelum Pulang Di TV2

1/Post a Comment/Comments

  1. Nad Zainal ni sangat versatile. Suka sangat dia. Dia ibarat Beto versi perempuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post