Saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih yang akan menemui penonton pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi ZK Creative Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jet Li yang mana idea asal serta nukilan skrip naskah ini adalah datang daripada Atie Hayati.
Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih
Telefilem Sehelai Selendang Putih menampilkan barisan pelakon seperti Fahrin Ahmad, Siti Elizad, Nad Zainal, Ika Nabella, Nur Hanani, Faiz Fathullah, Norasyikin, Aini, Badrul dan ramai lagi.
- Fahrin Ahmad sebagai Anuar
- Siti Elizad sebagai Zahra
- Nad Zainal sebagai Aisyah
- Ika Nabella sebagai Anisa
- Nur Hanani sebagai Amira
⏩ Tonton Telefilem Sehelai Selendang Putih Disini - Link 1 | Link 2
Ianya mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.
Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.
Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.
Post a Comment