Drama Ampas Di Astro Citra

Drama Ampas Di Astro Citra

Saksikan drama Ampas yang akan menemui penonton bermula 10 Ogos 2022, setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama siri 13 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd., diarahkan oleh tuan pengarah dan juga merangkap penulis skrip bagi cerita ini iaitu Megat Fauzi Isa.

Sinopsis Drama Ampas

Drama Ampas menampilkan barisan pelakon seperti Taufiq Izmir Tawaff, Ellyza Azizi, Tony Eusoff, Atilia Haron, D'Boy Hamdan, Aloeng Silalahi, Syahrul Izlan, Siti Saleha, Aziz M. Osman, Imuda, Vanida Imran, Normah Damanhuri, Nurul Aidilla Syamimie dan ramai lagi.

  • Taufiq Izmir Tawaff sebagai Hassan
  • Ellyza Azizi sebagai Zahrah
  • Tony Eusoff sebagai P. Ramlee
  • Atilia Haron sebagai Saloma
  • Imuda sebagai Ahmad Nisfu
  • Siti Saleha sebagai Sarimah
  • Aziz M. Osman sebagai Udo Omar
  • Vanida Imran sebagai Zaiton
  • Nurul Aidilla Syamimie sebagai Rokiah

⏩ Tonton Drama Biarkan Ia Pergi - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Hassan yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis dan seorang pengarah filem seperti P. Ramlee.

Zaman tersebut, P. Ramlee merupakan seorang pengarah filem yang bekerja di studio di Jalan Ampas yang mula meningkat naik selepas satu-satu filemnya pecah panggung.

Pada satu hari, Hassan telah kehilangan ayahnya kerana sakit dan dia mula bertekad untuk terus bekerja di Studio di Jalan Ampas tersebut dan mulakan hidup berama Makcik Rokiah dan anaknya Zahrah.

Maka bermulalah perjalanan Hassan dalam dunia perfileman sebagai pembantu P. Ramlee untuk menghasilkan pelbagai filem selepas itu.

Drama Ampas Di Astro Citra

Drama Ampas Di Astro Citra

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Ampas Di Astro Citra"