Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Saksikan drama Anak Beranak Abe Yie yang akan menemui penonton bermula 16 Ogos 2022, setiap hari Isnin hinga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Drama 20 episod ini bersiaran bagi menggantikan drama Nenda dan ianya merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie

Drama Anak Beranak Abe Yie menampilkan barisan pelakon seperti Azlee Senario, Jasmin Hamid, Aiman Tino, Puteri Sarah, Aidil Aziz, Wan Sharmila, Aidit Noh, Aiman Badrul, Qhaira Imani, Zazly Baginda dan ramai lagi.

  • Azlee Senario sebagai Abe Yie
  • Jasmin Hamid sebagai Che Yah
  • Aiman Tino sebagai Muluk
  • Puteri Sarah sebagai Shima
  • Aidil Aziz sebagai Sam
  • Wan Sharmila sebagai Ann
  • Aidit Noh sebagai Adi
  • Aiman Badrul sebagai Aiman

⏩ Tonton Drama Anak Beranak Abe Yie Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Kisah dalam drama ini memang tertumpu kepada anak beranak Abe Yie, Sam dan Ann yang menetap di Kuala Lumpur dan Melaka atas urusan kerja. Mereka juga sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Oleh kerana ingin melepaskan rindu, Che Yah turut mengeluarkan idea-idea yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk merentas negeri pulang ke kampung.

Dalam kekecohan Sam dan Ann mahu merentas negeri, Abe Yie dan Muluk yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya ini risau jika mereka membawa pulang penyakit itu sekali.

Ketua kampung dan penduduk-penduduk kampung juga sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesihatan dan menentang jika ada yang ingin datang ke kampung mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Adakah segala helah anak-beranak Abe Yie ini akan berjaya? Dapatkah mereka dipertemukan semula dalam keadaan sihat dan selamat akhirnya?

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post