Drama Biarkan Ia Pergi Di TV3

Drama Biarkan Ia Pergi Di TV3

Saksikan drama Biarkan Ia Pergi yang akan menemui penonton bermula 11 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh strim secara online di Disney+ Hotstar.

Drama 20 episod yang diinspirasikan daripada novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur ini diterbitkan oleh syarikat produksi SR One Sdn. Bhd, diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan bersama Liza Nur.

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Drama Biarkan Ia Pergi yang bakal menggantikan Tarik Aku Ke Syurga menampilkan barisan pelakon seperti Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Hafidzuddin Fazil, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

  • Isyariana sebagai Alissa
  • Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
  • Mior Darwish sebagai Zaquan Ameen
  • Asha Merican sebagai Fara
  • Hariz Hamdan sebagai Badry
  • Idzham Ismail sebagai Haris
  • Sabhi Saddi sebagai Aqasya

⏩ Tonton Drama Biarkan Ia Pergi - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Allisa iaitu seorang gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya.

Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.

Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa.

Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara.

Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.

Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu.

Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya.

Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.

Drama Biarkan Ia Pergi Di TV3

Drama Biarkan Ia Pergi Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post