Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Saksikan drama siri Astro Originals, Murder By Moonlight yang akan menemui penonton bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama yang bakal menggantikan Histeria The Series ini merupakan terbitan syarikat produksi bersama iaitu Iron Hill Media Sdn. Bhd. dan Passion Pictures. Barisan pengarah juga bersama iaitu antara Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna.

Naskah asal ini merupakan idea daripada Mien.ly dan Bani Hamid dengan hasil nukilan skrip daripada Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan dan Ashraf Modee Zain.

Sinopsis Drama Murder By Moonlight

Drama Murder By Moonlight menampilkan barisan pelakon seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Hana Nadira, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Thanuja Ananthan, Sharifah Amani, Tiara Anchant, Amanda Ang, Brian Chan, Amir Ameezan dan ramai lagi.

  • Sara Ali sebagai Ameera
  • Wan Hanafi Su sebagai Tuan Osman
  • Riz Amin sebagai Chef Jit
  • Hana Nadira sebagai Afie Mastura
  • Radhi Khalid sebagai Dato Karnain
  • Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma
  • Thanuja Ananthan sebagai Dr Sangeetha
  • Sharifah Amani sebagai Bella
  • Tiara Anchant sebagai Julia
  • Amanda Ang sebagai Mindy
  • Brian Chan sebagai Ben
  • Amir Ameezan sebagai Ali

⏩ Tonton Drama Murder By Moonlight Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang novelis jenayah dan misteri, Tuan Osman ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil. Bukan itu sahaja, selepas itu ada seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan mereka mengesyaki ini adalah kes pembunuhan.

Oleh itu, seorang pengurus hotel iaitu Ameera menggalas tanggungjawab dan bertindak sebagai detektif wannabe yang mana telah mengesyaki pembunuh itu berada di dalam kalangan mereka iaitu antara dua belas tetamu hotel tersebut.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang berada di situ tidak dibenarkan untuk ke mana-mana, mahupun untuk keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari.

Tajuk Setiap Episod

  • Episod 1 - We Plan, God Laughs
  • Episod 2 - A Den of Thieves
  • Episod 3 - Revenge, the Best Medicine
  • Episod 4 - Never Trust A Grinning Tiger
  • Episod 5 - The 5%
  • Episod 6 - Truth is Bitter Pill
  • Episod 7 - A Castle Built on Lies
  • Episod 8 - The Detective Within 5 September

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post