Drama Remang Di TV3

Drama Remang Di TV3

Saksikan drama bersiri Remang yang akan menemui penonton bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin pada pukul 11 malam menerusi slot Tonton Malam Seram di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Drama 12 episod ini merupakan idea asal daripada Hariff Ahamat, diterbitkan oleh Anomali Media & Production dan diarahkan oleh pengarah Khairul Rizam Dato Abu Samah serta hasil nukilan skrip dariapda Sofia J Rhyland, Adza Irdawati Adenan dan Intan Zarina Mohd Yasin

Sinopsis Drama Remang

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Remang ini ialah Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Shamielya Shamsul, Chacha Maembong, Airil Hafiz, Angeline Tan, Kent Tan, Aween Ismail, Adam Corrie, Iman Suhana, Fiza Halim, Shyrim Husni, Aryo, Syed Irfan, Aiman Badrul, Erul Samah dan ramai lagi.

  • Syafie Naswip sebagai DJ Ejay
  • Emma Maembong sebagai Jane
  • Azrel Ismail sebagai Daniel
  • Chacha Maembong sebagai Hawa
  • Iman Suhana sebagai Nur
  • Wafariena Roslan sebagai Riana/Melati
  • Hasnul Rahmat sebagai Atuk
  • Wanns Ahmad sebagai Wan
  • Afiq Rahim sebagai Pijoy
  • Ken Tan sebagai Jordan

⏩ Tonton Drama Remang Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay yang cuba untuk naikkan rating pendengar di slot tengah malam dimana segmen yang beliau kerja. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawa olehnya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai Remang Malam.

Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar dan mereka akan ceritakan kisah-kisah seram yang pernah berlaku kepada mereka dan juga biasanya berlaku dalam masyarakat melayu.

Dari cerita-cerita pendengar tersebut, akan terbitlah jalan cerita drama ini dengan pelbagai episod berlainan setiap minggu. Antara tajuk episod adalah Dendam Saka, Tangkal, Jangan Alih, Pakcik Tumpang, Lukisan Lama, Belaan, Alam Lain dan banyak lagi.

Selain daripada cerita daripada pendengar-pendengar, sebenarnya DJ Ejay juga ada kisah seram yang tersendiri yang mana mengisahkan kisah sebenar tentang dirinya. Kisah apakah itu? Kena tengok sampai habis.

Drama Remang Di TV3

1/Post a Comment/Comments

  1. macam menarik je... tapi seram pulak nak nengok lewat2... eh akak kul 10.30 selalu dah lena hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post