Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam Mulai 4 Ogos Ini

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam

Saksikan filem komedi romantik Gadis Jolobu The Movie yang akan mula temui penonton pada 4 Ogos 2022, khamis di pawagam seluruh Malaysia. Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Filem ini merupakan terbitan syarikat produksi bersama iaitu antara Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn. Bhd., diarahkan oleh CL Hor dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Bobo Ikmal

Sinopsis Filem Gadis Jolobu The Movie

Filem Gadis Jolobu The Movie menampilkan barisan pelakon hebat antaranya ialah Datuk Hattan, Ahirine Ahirudin, Joey Daud, Khir Rahman, Adam E, Nizam Laksamana, Namie Smy dan ramai lagi.

  • Datuk Hattan sebagai Atan
  • Ahirine sebagai Jijah
  • Joey Daud sebagai Ajoi
  • Khir Rahman sebagai Acong

⏩ Dapatkan Tiket Wayang Murah Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang 3 sekawan bujang terlajak yang telah berkawan sejak mereka kecil lagi iaitu Atan, Acong dan Ajoi, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.

Mereka percaya kononya lambat berkahwin kerana lambat sunat ketika di waktu masa kecil. Disebabkan itulah kini mereka berusaha untuk cari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Biarpun menjadi bujang terlajak, namun ketiga-tiga pemuda tersebut sudah pun mempunyai pilihan hati masing-masing iaitu anak gadis dari kampung yang sama iaitu Jijah, Milah dan Ain. Tetapi adakah akhirnya mereka akan berkahwin?

Filem ini turut menggunakan dialek Negeri Sembilan dan juga mengetengahkan beberapa elemen 'adat pepatih' dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di negeri tersebut.

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam

Filem Gadis Jolobu The Movie Di Pawagam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post