Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro First

Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro First

Saksikan filem Kalut Nak Kahwin yang akan menemui penonton pada 4 Ogos 2022 di pawagam rumah anda Astro First 480 dan di Astro Go. Anda boleh sewa dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam secara berulang-ulang.

Filem komedi kemasyarakatan ini merupakan terbitan syarikat produksi Cinemalaya Studios Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Yussuf Yunus.

Sinopsis Filem Kalut Nak Kahwin

Filem Kalut Nak Kahwin menampilkan barisan pelakon seperti Amerul Affendi, Dee Al-Hadi, Chelsia Ng, Salih Yaccob, Kartina Aziz, Anas Ridzuan, Aloy Paradoks, Megat Sharizal dan ramai lagi.

  • Amerul Affendi sebagai Mustaqim 
  • Dee Al-Hadi sebagai Munirah
  • Chelsia Ng sebagai Honey
  • Salih Yaccob sebagai Pak Lang
  • Kartina Aziz sebagai Mak Minah
  • Anas Ridzuan sebagai Buyut
  • Aloy Paradoks sebagai Sulaiman
  • Megat Sharizal sebagai Zaidi

⏩ Tonton Filem Kalut Nak Kahwin Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan sebuah masyarakat di kawasan rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis perkahwinan di tempat tersebut.

Kisahnya bermula pada hari majlis pernikahan dan persandingan Munirah dimana keadaan menjadi kalut apabila kawasan flat perumahannya mengalami gangguan air. 

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan memastikan hari bahagian adikanya dapat diteruskan dan berjalan seperti yang dirancang.

Sementara itu, Pak Lang yang ditugaskan sebagai ketua rewang menjadi lebih kalut kerana tidak dapat menyediakan semua juadah hidangan buat tetamu yang akan hadir dalam beberapa jam sahaja lagi.

Ternyata bukan itu sahaja masalah yang timbul, berlaku juga pelbagai insiden seperti kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin tidak siap.

Akan tetapi atas semangat kejiranan dan kerja berpasukan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.

Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro First

Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro First

Filem Kalut Nak Kahwin Di Astro First

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post