Jadual Perlawanan KL City VS PSM Makassar Di Final Zon Asia Tenggara AFC Cup 2022

Jadual Perlawanan KL City VS PSM Makassar Di Final Zon Asia Tenggara AFC Cup 2022

Kuala Lumpur City FC (KL City) masih lagi meneruskan cabaran dalam kejohanan AFC Cup 2022 dan kali ini mereka berjaya ke peringkat final untuk Zon Asia Tenggara (Asean) bertemu PSM Makassar pada 24 Ogos 2022.

Sebelum ini, KL City berjaya mengalahkan wakil kelab dari Vietnam iaitu Viettel FC dengan kemenangan dalam penentuan sepak penalti selepas habis mereka terikat tanpa jaringan di peringkat separuh akhir.

BACA : Keputusan Separuh Akhir Zon Asia Tenggarah AFC Cup 2022

Manakala satu lagi wakil Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC terpaksa akur tumpas kepada PSM Makassar dengan 2-1 dalam peringkat yang sama.

Jadi dengan perlawanan tersebut, pemenang akan bertemu di peringkat Final bagi Zon Asia Tenggara dan kelab yang meraih kemenangan pada peringkat ini pula akan meneruskan cabaran ke Inter-Zon Semi Final dalam saingan AFC Cup 2022.

Jadual & Keputusan Perlawanan Final Zon Asia Tenggara AFC Cup 2022

KL City FC sekali lagi akan menerima kunjungan PSM Makassar yang mana pertemuan sebelum ini dalam peringkat kumpulan menyaksikan perlawanan tersebut berakhir tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit permainan.

Kali ini pastinya, masing-masing ingin memberikan yang terbaik ditambah pula ianya peringkat kalah mati. Pasukan yang berjaya akan meneruskan cabaran dan yang tewas akan pulang dengan hampa.

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong Kuala Lumpur City FC, datanglah beramai-ramai ke Stadium Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda di peringkat Asia ini. Beli tiket sekarang.

Tapi sekiranya tidak berkesempatan untuk hadir, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau secara online di Astro Go dan Sooka.my. Selain itu, boleh strim di elevensports.com dengan langganan berharga RM17.50 sebulan.

24 Ogos 2022 (Rabu)

  • KL City FC (5) - (2) PSM Makassar
    • Romel Morales 33'
    • Jordan Mintah 47'
    • Paulo Josué 52', 84'
    • Yakob Sayuri 58'
    • Akbar Tanjung 63'
    • Hadin Azman 94' (P)

*KL City layak ke peringkat seterusnya di Inter-zone AFC Cup 2022. Tahniah!

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Kuala Lumpur
Tayangan : Astro Arena 2 802 & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2

kl city fc di final zon asean afc cup 2022

Untuk dapatkan statistik penuh perlawanan atau untuk dapatkan jadual dan keputusan yang melibatkan lain-lain perlawanan, anda boleh pergi ke laman web rasmi AFC di www.the-afc.com/afc_cup_2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post