Jadual Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Jadual Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Piala FA Malaysia 2022 kini sudah memasuki pusingan Separuh Akhir dimana bakal mempertemukan 4 pasukan terbaik dimana bakal berlangsung untuk dua hari iaitu 5 Ogos 2022 dan 6 Ogos 2022.

Pasukan yang berjaya ke peringat Separuh Akhir ini berjaya mengalahkan pasukan lawan masing-masing di peringkat Suku Akhir dan pasukan yang melangkap ke pusingan ini iaitu Terengganu FC, Selangor FC, Penang FC dan Johor Darul Ta'zim.

Sama seperti di peringkat Suku Akhir dimana tiada aksi timbal balik untuk semi final Piala FA Malaysia 2022. Pasukan yang berjaya pada tersebut, akan mara ke peringkat Akhir.

Jadual & Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Satu perlawanan akan berlangsung pada 5 Ogos 2022 iaitu pada Jumaat dan satu lagi perlawanan akan diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 6 Ogos 2022 iaitu pada hari Sabtu.

Jadi untuk penyokong atau peminat bagi pasukan masing-masing jangan lupa untuk hadir ke stadium untuk berikan sokongan kepada barisan pemain.

Tetapi kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan siaran langsung yang akan dibawakan menerusi saluran UnifiTV, unifi playTV atau Youtube Unifi yang boleh ditonton secara percuma.

Selain itu, selain daripada UnifiTV, bagi perlawanan Terengganu FC bertemu Selangor FC juga akan dibawakan secara live di Sukan RTM atau tontonan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Berikut merupakan senarai jadual dan waktu perlawanan bagi peringkat Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

5 Ogos 2022 (Jumaat)

Johor Darul Ta'zim (6) - (1) Penang FC

  • Bergson da Silva 20'
  • Fernando Forestieri 24'
  • Arif Aiman 48', 51', 62'
  • Lucas Silva 54'
  • Syahmi Safari 90'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Unifi Sport 1 & 2
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

6 Ogos 2022 (Sabtu)

AET : Terengganu FC (1) - (1) Selangor FC (Penalti : 4-2)

  • Nor Hakim Hassan 24'
  • Faisal Halim 48'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Unifi Sport 1 & 2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Jadual Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Daripada 4 pasukan tersebut, pasukan manakah yang akan berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2022 kelak?

Final Piala FA Malaysia 2022 : Johor Darul Ta'zim vs Terengganu FC

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post