Logo & Tema Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Logo & Tema Hari Merdeka Dan Hari Malaysia 2022

Kerajaan telah memperkenalkan Tema Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan bersama-sama Hari Malaysia bagi tahun 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Selain itu, turut juga dipertontonkan logo rasmi yang akan digunakan sepanjang bulan Kemerdekaan.

Setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos secara gilang-gemilang. Kali ini pastinya kita akan dapat lihat semula acara tahunan seperti perarakan bagi menonjolkan rasa patriotik kepada kalangan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja. sepanjang bulan Ogos yang merupakan jadi bulan Kebangsaan ini pastinya terdapat pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan tersebut dan yang paling kita selalu nampak pastinya kibaran bendera Malaysia atau Jalur Gemilang di semua tempat.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama Dipilih Sebagai Tema Dan Logo Turut Juga Diperkenalkan

Jadi selain daripada kibaran Jalur Gemilang, anda juga boleh kongsikan logo baru ini bagi menunjukkan semangat patriotik anda kepada negara.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-58, tema yang dipilih adalah Keluarga 'Malaysia Teguh Bersama' dimana ianya selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Maksud Disebalik Tema

Maksud Disebalik Tema Hari Merdeka 2022

#KeluargaMalaysia adalah merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh - bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama - membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan

Teguh Bersama yang mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Manakala untuk logo ianya mengenakan konsep jalur liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Selain itu, ianya juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Maksud Disebalik Logo

Logo Hari Merdeka 2022

Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet - Melambangkan pembangunanan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

Tiga Jalur Biru, Merak dan Kuning - Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni

Titik Merah - Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan

Kedudukan Yang Berselang-Seli - Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama

Menarik?

Untuk dapatkan salinan atau file original bagi Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia beserta Logo, anda boleh download atau muat turun di laman web rasmi di merdeka360.my

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post