Filem Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Pada 16 September Ini

Filem Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Pada 16 September Ini

Akhirnya yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba apabila pihak Netflix hari ini mengumumkan akan menayangkan filem biografik epik Mat Kilau pada 16 September 2022 di plaftorm penstriman mereka.

Sebelum ini Mat Kilau telah mencetuskan fenomena filem tempatan apabila berjaya peroleh kutipan sehingga RM90 juta dalam tempoh sebulan sahaja selepas tayangan telah dibuat di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Jun 2022.

Sejak dari itu, setiap hari orang ramai memperkatakan tentang filem tersebut. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menonton filem Mat Kilau di pawagam. Ada yang menempah seluruh pawagam dan ada juga menonton secara berkumpulan.

Sebuah filem yang mengisahkan tentang pahlawan Mat Kilau lakonan Dato Adi Putra yang bangkit melawan penjajah kerana pihak British telah membuat onar di kampung halaman mereka. Jadi Mat Kilau bersama sahabat-sahabatnya bangkit menentang dan bertempuh melawan pihak British.

Tonton Mat Kilau Di Netflix Bermula 16 September 2022

Sepertinya tayangan Mat Kilau pada hari tersebut lebih bermakna apabila 16 September juga merupakan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun dan pastinya ia menjadi bermakna apabila anda menonton sebuah filem sejarah pada hari bersejarah.

Dengan tayangan itu juga, anda boleh menonton bersama keluarga secara berulang-ulang. Anda boleh melanggan Netflix dengan harga serendah RM17 sebulan atau sehingga RM55 bagi tontonan di komputer dan televisyen.

⏩ Dapat Netflix Disini

Selain Mat Kilau, Netflix juga telah berkongsikan beberapa siri dan filem terbaru yang akan ditayangkan bermula September ini seperti siri Thai Cave Rescure, Cobra Kai Season 5, Cyberpunk : Edgerunngers dan beberapa filem; Blonde, Love In The Villa, Do Revenge dan banyak lagi.

Boleh tonton bermula hari ini - DISINI

Kutipan lebih RM90 juta dan akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos 2022. Agaknya berapa la Netflix bayar untuk terbitkan di platform mereka kan?

Apa-apapun aku tak sabar nak tengok lagi Mat Kilau beraksi

1/Post a Comment/Comments

  1. Waaa, sesiapa yang tak puas tengok dekat pawagam atau yang tak sempat nak p, bolehla layan dekat netflix jeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post