Pertama Kali Menonton Filem Di Panggung Wayang Patuh Syariah (LFS Cinema Kuala Terengganu)

Pertama Kali Menonton Filem Di Panggung Wayang Patuh Syariah

Sekarang di Malaysia pun dah ada panggung wayang patuh syariah tau yang terletak di negeri Terengganu. Secara asasnya, ianya tidak bercampur lelaki dan perempuan bukan mahram secara bersebalahan.

Peraturan ini telah dibuat sejak tahun 2020 lagi apabila pihak berkuasa Terengganu mengarahkan panggung wayang di negeri tersebut supaya mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan bukan mahram.

Jadi beberapa minggu yang lalu, aku buat pertama kalinya menjejaki salah satu panggung wayang tersebut di Kuala Terengganu iaitu LFS Cinemas bertempat di PB Square. Pada masa tu, aku nak tonton filem box office, Mat Kilau.

Dari pengalaman sendiri, panggung wayang patuh syariah tersebut hanya berkuatkuasa di dalam dewan panggung sahaja tetapi bukan di luar sama ada di kaunter pembelian tiket atau kaunter beli makanan dimana masih lagi berlaku percampuran lelaki dan perempuan.

Cara Beli Tiket Wayang

Kalau korang nak beli tiket wayang di Terengganu, baik di kaunter atau secara online, korang perlu pilih sama ada male (lelaki), female (perempuan) atau family (keluarga). Berbeza jika anda beli tiket wayang di negeri lain, tak perlu pun semua ini.

Selepas itu, jika anda dapat dewan besar, kebiasaanya lelaki hanya boleh pilih seat pada bahagian belah kanan sahaja, manakala untuk perempuan, boleh pilih seat pada bahagian kiri sahaja (seperti dalam gambar dibawah). Untuk keluarga, boleh pilih pada bahagian tengah.

Peraturan ini dibuat sekali gus akan memisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan bukan mahram yang mana akan dipisahkan oleh seat family pada bahagian tengah.

Pertama Kali Menonton Filem Di Panggung Wayang Patuh Syariah

Itu sekiranya dalam dewan besar yang mempunyai 3 bahagian. Sekiranya dalam dewan kecil yang mempunyai 2 bahagian sahaja, kiri untuk lelaki dan kanan untuk perempuan. Manakala family bebas untuk duduk pada mana-mana bahagian.

Macam aku tonton bersama family di dalam dewan kecil. Jadi aku bebas untuk pilih pada bahagian kiri atau kanan semasa buat pembelian secara online.

Selepas anda duduk di seat seperti yang ditempah, sebelum mulakan tayangan anda akan dipaparkan peraturan dan syarat-syarat tempat hiburan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Jika di panggung wayang biasa akan dipaparkan langkah keselamatan sahaja.

Sepanjang tontonan, tiada lagi staff yang buat spot check termasuklah ketika di pintu masuk. Tiada yang buat semakan terperinci. Mungkin peraturan ini untuk pengasingan tempat duduk sahaja.

Bagi aku peraturan ini tidak membebankan pun disamping sedikit sebanyak boleh membendung daripada berlakunya apa-apa aktiviti maksiat dalam dewan atau panggung wayang tersebut walaupun peraturannya tidaklah terlalu ketat.

Syabas Terengganu! Kelantan pun patut ikut jejak langkah ni supaya rakyat di sana juga boleh menonton wayang.

Selain LFS Cinemas, Paragon Kuala Terengganu dan TGV Mesra Mall juga sudah mengenakan peraturan pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin ini.

2/Post a Comment/Comments

  1. Terbaik gini. Hukum asal menonton wayang memang tak haram, tapi bila berlaku percampuran lelaki perempuan bukan mahram di tempat tertutup, itu yang timbul isu. Harap dapat diperluaskan ke negeri lain juga.

    ReplyDelete
  2. jeles tengok Terengganu tenang je hidup boleh ada wayang asingkan jantina. Kelantan ni masih berdegil taknak buat apa-apa. sendu kami kat sini haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post