Telefilem Dosa Semalam Di TV3

Telefilem Dosa Semalam Di TV3

Saksikan telefilem Dosa Semalam yang akan menemui penonton semula pada 6 April 2024, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd. dimana penerbitnya sendiri Dato A. Aida juga merupakan pencetus idea bagi cerita ini. Raja Mukhriz bertindak sebagai pengarah dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Sinopsis Telefilem Dosa Semalam

Telefilem Dosa Semalam menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Janna Nick, Khaty Azean, Tasha Shila, Raja Atiq Azman, Muaz Fitri, Aisyah Atan, Din Tamam, Dyna Maryana, Hadi Noh dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Azlan
  • Janna Nick sebagai Khadijah
  • Khaty Azean sebagai Rosnah
  • Tasha Shila sebagai Munirah
  • Raja Atiq Azman sebagai Adam
  • Muaz Fitri sebagai Mukhriz
  • Aisyah Atan sebatai Kak Mun

Ianya mengisahkan tentang Khadijah dan Azlan yang mana perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Akibat daripada itu, Khadijah didera oleh ibu mentuanya semasa ketiadaan suaminya di rumah.

Rosnah melayan Khadijah seperti hampa abdi dengan melakukan segala kerja rumah tanpa belas kasihan sehingga sanggup melekapkan seterika di belakang badan menantunya. Malah dia menabur pelbagai fitnah dan memaksa Khadijah memujuk Azlan supaya berkahwin dengan calon menantu pilihan hatinya.

Akhirnya selepas beberapa tahun Khadijah menjadi hamba kepada ibu mentuanya sendiri, akhirnya Azlan sendiri dapat menghidu tindakan ibunya tersebut. Sebaik mengetahuinya akan hal itu, dia nekad membawa isterinya berpindah ke rumah lain bersama anak mereka iaitu Adam.

Jadi apakah nasib ibu mentua Khadijah selepas perbuatannya diketahui oleh anaknya sendiri? Adakah akhirnya Rosnah mendapat balasan setimpal yang dilakukan terhadap menantunya atau berlaku sebaliknya?

Telefilem Dosa Semalam Di TV3

Telefilem Dosa Semalam Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post