Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Saksikan telefilem Mahligai Belum Terbakar yang akan menemui penonton pada 9 Ogos 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Tunestone Entertainement, diarahkan oleh Khalid Sulaiman dengan nukilan skrip daripada Nazri Awam.

Sinopsis Telefilem Mahligai Belum Terbakar

Telefilem Mahliga Belum Terbakar menampilkan barisan pelakon seperti Lah Ahmad, Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain, Zul Helmi dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Mahliga Belum Terbakar Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kekecewaan Fahimi yang telah berkhawin sebanyak dua kali. Dia sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina bahagia namun realitinya dalam kedua-dua perkahwinannya gagal kerana dirinya telah dipergunakan oleh isteri-isterinya.

Perkahwinan bersama isteri pertama gagal kerana isterinya itu bersifat material dan mengejar kekayaan semata-mata. Ianya berlaku di luar jangkaan Fahimi kerana di awal perkahwinan segalanya tampak sempurna dan ikhlas. Namun dengan berat hati Fahimi terpaksa melafazkan cerai.

Manakala dalam perkahwinan kedua pula sekali lagi Fahimi diuji. Fahimi dapat merasakan isterinya hanya mempergunakannya untuk berbalik semula dengan bekas suaminya dahulu. Fahimi rasa dikhianati.

Begitupun adakah realitinya yang berlaku sebaliknya? Adakah telahan isterinya itu sekadar mahu mempergunakannya tidak benar sama sekali? Dan masihkan ada ruang untuk Fahimi berbahagia bersama isteri dan anaknya?

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

Telefilem Mahligai Belum Terbakar Di TV2

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post