Info Dan Sinopsis Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV

Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV

Saksikan ulang siar telefilem Mempelai Panda yang akan menemui penonton pada 18 Disember 2022, hari Ahad pada jam 9.30 malam di Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem romantik komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Opyglobal Pictures dan diarahkan oleh salah seorang pelakonnya iaitu Opie Zami.

Sinopsis Telefilem Mempelai Panda

Telefilem Mempelai Panda menampilkan barisan pelakon seperti Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Roy Azman, Mamak Puteh, Monica Picca, Fara Nadiah dan ramai lagi.

  • Zalif Sidek sebagai Borhan/Boobear
  • Wanna Ali sebagai Zara
  • Opie Zami sebagai Slash

⏩ Tonton Telefilem Mempelai Panda Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Borhan atau Boobear yang merupakan seorang pelawak upahan berpakaian panda yang bekerja keras untuk mengumpul duit.

Ianya bertujuan sebagai wang hantaran untuk mengahwini Zara. Ini kerana maknya telah menetapkan wang hantaran sebanyak RM20k untuk mengahwini anaknya.

Sepanjang proses mengumpul wang hantaran, Boobear bersama sahabat karibnya, Slash terjebak di dalam pelbagai masalah. Namun akhirnya Boobear berjaya mengumpul wang hantara itu sepenuhnya pada hari perkahwinannya.

Tetapi Boobear hadir dengan kostum pandanya manakala Zara hadir dengan pakaian pengantinnya. Adakah mereka akan berkahwin pada akhirnya?

Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV

Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post