Telefilem Menantu Nista Di TV3

Telefilem Menantu Nista Di TV3

Saksikan telefilem Menantu Nista yang akan menemui penonton pada 6 Ogos 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diinspirasikan daripada idea Che Soo yang diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Adza Emie.

Sinopsis Telefilem Menantu Nista

Telefilem Menantu Nista menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Sofea
  • Sherie Merlis sebagai Nora
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Yam
  • Syazuwan Hassan sebagai Armin

⏩ Tonton Telefilem Menantu Nista Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

Telefilem Menantu Nista Di TV3

Telefilem Menantu Nista Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post