Telefilem Muruku Ikan Masin Di TV1

Telefilem Muruku Ikan Masin Di TV2

Saksikan telefilem Muruku Ikan Masin yang akan menemui penonton pada 6 Ogos 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Sixty2 Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hashim Rejab dengan nukilan skrip daripada Noormazlina Shahar.

Sinopsis Telefilem Muruku Ikan Masin

Telefilem Muruku Ikan Masin menampilkan barisan pelakon seperti Syafie Naswip, Sangeeta Krishnasamy, Mimi Ernida, Liza Abdullah, Santesh, Alif Hadi, Daren Lee, Kamal Bakar dan ramai lagi.

  • Syafie Naswip sebagai Sarip
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Nalini
  • Mimi Ernida sebagai Milah
  • Alif Hadi sebagai Khairul
  • Liza Abdullah sebagai Mak Munah

⏩ Tonton Telefilem Muruku Ikan Masin Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Sarip seorang pengusaha perniagaan kecil-kecilan ikan masin. Malangnya Sarip sering dipandang rendah oleh adiknya, Khairul. Khairul seringkali meluahkan rasa tidak puas terhadap abangnya itu kepada ibunya, Mak Munah.

Walaupun sentiasa bergelumang dengan ikan masin, Sarip tetap diminati oleh Milah kerana sifatnya yang rajin. Milah seringkali cuba untuk mendekati Sarip dengan alasan mahu menemui Mak Munah.

Milah mahu mencuri perhatian Sarip menerusi hubungan rapatnya dengan Mak Munah. Namun semua itu sedikit pun tidak berbekas di hati Sarip. Dia tetap tidak mengendahkan Milah.

Suatu hari, muncul seorang gadis berbangsa India, Nalini datang membeli ikan masin di kedai Sarip. Saat pertama kali terpandang gadis tersebut, tulang rusuknya bergetar. Ini kerana gadis tersebut mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

Namun cinta keduanya terhalang dek keluarga yang tidak merestuinya. Lalu bagaimanakah pengakhiran hubungan keduanya? Adakah mereka berjodoh atau ditakdirkan sebagai sahabat sahaja?

Telefilem Muruku Ikan Masin Di TV2

Telefilem Muruku Ikan Masin Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post