Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Saksikan telefilem Neraka Kasih Maisarah yang akan menemui penonton pada 18 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Lily Suhana Mohd Diah.

Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah

Telefilem Neraka Kasih Maisarah menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Laila Nasir, Shahz Jaszle, Sura Sojangi, Aisyah Along Kamaludin, Mustaqim Bahadon, Raja Afiq, Ainina Ahmad B, Sheeda Ali dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Maisarah
  • Laila Nasir sebagai Mak Midah
  • Shahz Jaszle sebagai Budin
  • Sura Sojangi Dijah
  • Aisyah Along Kamaludin sebagai Bella
  • Raja Afiq sebagai Zakuan

⏩ Tonton Telefilem Neraka Kasih Maisarah - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Maisarah iaitu anak kepada seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati, Mak Midah. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk ibu Maisarah tersebut.

Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah apabila maruah di tergadai. Maisarah disahkan hamil 2 bulan atas pelakukan Zakuan terhadapnya. Disebabkan itu, Maisarah memintau Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Maisarah membuat keputusan untuk lari dari kampung sehingga hampir 6 bulan lamanya dan sehinggalah dia pulang kembali ketika kandungannya berusia 8 bulan. Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya.

Ternyata ianya tidak seperti yang disangka apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah di belakang rumah sehinggalah selamat melahirkan bayi tersebut. Demi menutup aib keluarga, anak yang baru dilahirkan tersebut diberikan kepada pasangan suami isteri, Dijah.

Bermula saat itulah, Maisarah menjadi gila dan hilang arah kerana rindukan anaknya sehingga dia melarikan diri dan mengambil anaknya sendiri dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung.

Apakah yang akan berlaku pada Maisarah? Pastinya tragedi malang ini memberikan impak yang mendalam kepada kehidupan Maisarah.

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Neraka Kasih Maisarah Di TV3"