Telefilem Perauk Tambang Di TV1

Telefilem Perauk Tambang Di TV1

Saksikan telefilem Perauk Tambang yang akan menemui penonton pada 20 Ogos 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan sempena Hari Malaysia 2021 ini merupakan terbitan Syaz Putra Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dengan nukilan skrip daripada Yus Waisar.

Sinopsis Telefilem Perauk Tambang

Telefilem Perauk Tambang menampilkan barisan pelakon yang kebanyakkan dari Sarawak seperti Mubarak Majid, Azam Pitt, Elisya Sandha, Nora Maya, Vincent, Mazlan Hipni, Sharu-al Aziza, Tina dan ramai lagi.

  • Mubarak Majid sebagai Pak Tambang
  • Azam Pitt sebagai Zamin
  • Elisya Sandha sebagai Sarah
  • Nora Maya sebagai Sania
  • Sharu-Al Aziza sebagai Jalot

⏩ Tonton Telefilem Perauk Tambang Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Pak Tambang yang telah berpuluh tahun menjadi pengusaha perahu tambang. Disebabkan itulah, anaknya, Zamin meminta ayahnya untuk berhenti kerja.

Keputusan ini dibuat kerana ayahnya sudah tua dan mahu ayahnya berehat di rumah kerana dia sendiri mampu untuk menyara ayahnya tersebut.

Namun begitu, Pak Tambang berkeras malah turut memberi perkhidmatan percuma perahu tambang di Sg. Sarawak kepada pelanggan hingga menyebabkan Zamin digelar anak yang tidak mengenang budi.

Dalam pada itu lah, Jalot pula menuduh Pak Tambang mengancam periuk nasi mereka kerana memberikan tambang percuma dan pastinya ramai yang akan menggunakan perkhidmatannya. Namun apakah kesudahan pada akhinya?

Telefilem Perauk Tambang Di TV1

Telefilem Perauk Tambang Di TV1

1/Post a Comment/Comments

  1. dulu suka mubarak majid, khairil anuar, harun hashim berlakon.... otai otai semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post