Telefilem Pondok Merdeka Di TV1

Telefilem Pondok Merdeka Di TV1

Sempena Hari Kebangsaan RTM bawakan telefilem khas Pondok Merdeka yang akan menemui penonton pada 31 Ogos 2022, hari Rabu pada jam 11.00 pagi menerusi siaran TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Illusion Maya Sdn. Bhd. diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dengan penulisan skrip daripada Zabidi Mohamad.

Sinopsis Telefilem Pondok Merdeka

Telefilem Pondok Merdeka menampilkan barisan pelakon seperti Nadia Brian, Ungku Haris, Susila Devi, Rahim Omar, Dila Ahmad, Aida Saleh, Ucup Cecupak, Lan Siro, Saiful Ghaz, Ocean Tiang dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Pondok Merdeka Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Cikgu Aishah yang merupakan Cikgu Tuisyen. Dia mengajar tuisyen di Apartment Abdullah Hukum. Di sana dia mendapat idea untuk melakukan aktiviti kemerdekaan di Komuniti Apartment Abdullah Hukum.

Antara aktiviti yang dicadangkan adalah dengan melaksanakan pertanding bercerita kisah idola kemerdekaanku. Macam mana sambutan oleh penduduk kawasan tersebut?

Telefilem Pondok Merdeka Di TV1

Telefilem Pondok Merdeka Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post