Telefilem Rumah Tok Wie Di Awesome TV

Telefilem Rumah Tok Wie Di Awesome TV

Saksikan telefilem Rumah Tok Wie yang akan menemui penonton pada 21 Ogos 2022, hari Ahad pada jam 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112. Dapatkan lebih kandungan menarik hanya di awesometv.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Dato Awie sendiri iaitu Rumah Produksi Merah selaku penerbit dan ianya diarahkan oleh Razif Ajiboy.

Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie

Telefilem Rumah Tok Wie menampilkan barisan pelakon seperti Dato Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani .Ns, Vivienna, Putri Hanan, Saiful Ghaz, Annyss Ahmad, Pak Abu dan ramai lagi.

  • Dato Awie sebagai Tok Wie
  • Roy Azman sebagai Fuad
  • Hazama seabgai Amir
  • Sharwani .Ns sebagai Kodi
  • Vivienna sebagai Fazira
  • Putri Hanan sebagai Sue
  • Saiful Ghaz sebagai Pak Ali
  • Annyss Ahmad sebagai Hasnah

⏩ Tonton Telefilem Rumah Tok Wie - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang penduduk kampung iaitu Kodi, Fuad dan Amir yang terdesak memerlukan duit akibat kehilangan kerja apabila kilang tempat mereka mencari rezeki ditutup akibat pandemik dan pelaksanaan PKP.

Disebabkan itulah, mereka merancang untuk merompak rumah Tok Wie yang dikatakan paling kaya di kampung tersebut. Tok Wie merupakan seorang penyanyi lejen di Malaysia dan memiliki beberapa harta benda yang dia sayangi.

Tok Wie telah membina sebuah rumah agam di sebuah kampung dimana rumah itu menjadi tempat untuk dia menyimpan barang barang berharga miliknya.

Namun, tanpa mereka sedari bukan senang untuk pecah masuk ke rumah Tok Wie. Setelah semua usaha gagal, akhirnya mereka menukar rancangan untuk menculik Tok Wie. Adakah rancangan mereka berjaya?

Telefilem Rumah Tok Wie Di Awesome TV

Telefilem Rumah Tok Wie Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post