Telefilem Titi Kayu Di TV9

Telefilem Titi Kayu Di TV9

Saksikana telefilem Titi Kayu yang akan menemui penonton pada 23 Januari 2023, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Eleven Field Creative Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan nukilan skrip daripada Jo Sidek.

Sinopsis Telefilem Titi Kayu

Telefilem Titi Kayu menampilkan barisan pelakon seperti Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rizz Amin, Auntie Margaret Gan, Iqram Dinzly, Aril Shahril, Jaja Iliyes, Rahim Omar, Farah Wahida, Masrizal Yum dan ramai lagi.

  • Michael Ang sebagai Aalim/Cheong Ah Ling
  • Syed Ali Murtadha sebagai Umar
  • Rizz Amin sebagai Zali
  • Auntie Margaret Gan sebagai Mei Ling
  • Iqram Dinzly sebagai Ali
  • Aril Shahril sebagai Latief
  • Jaja Iliyes sebagai Cikgu Sara
  • Rahim Omar sebagai Pak Samad

⏩ Tonton Telefilem Titi Kayu Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Cheong Ah Ling atau lebih mesra disapa Aalim seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Aalim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Aalim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Telefilem Titi Kayu Di TV3

Telefilem Titi Kayu Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Titi Kayu Di TV9"