Undian Perlawanan Badminton Kejohanan Dunia BWF 2022

Undian Perlawanan Badminton Kejohanan Dunia BWF 2022

BWF World Championships 2022 atau Kejohanan Badminton Dunia akan berlangsung bermula pada 22 Ogos sehingga 28 Ogos 2022 bertempat di Tokyo, Jepun selaku tuan rumah.

Kejohanan ini merupakan acara tahunan kecuali tidak akan diadakan sekiranya pada tahun tersebut akan berlangsung sukan Olimpik dan kali ini adalah edisi ke-27.

Sebelum ni, kita telah menyaksikan kejutan apabila Loh Kean Yew pemain daripada Singapura merangkul emas bagi kategori perseorang lelaki sekali gus dinobatkan sebagai juara dunia untuk tahun 2022. Manakala Akane Yamaguchi merangkul emas bagi kategori perseorangan wanita.

BACA : Keputusan Perlawanan Kejohanan Dunia BWF 2021

Untuk kategori beregu lelaki dimenangi pasangan daripada Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi, beregu wanita daripada China iaitu Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan dan pasangan Thailand, Puavaranukroh dan Taerattanahchai merangkul emas untuk kategori beregu campuran.

Undian Awal Kejohanan Dunia BFW 2022

Selain daripada nama-nama besar dalam sukan badminton, pemain-pemain Malaysia juga pastinya ingin merangkul emas bagi Kejohanan Dunia BWF 2022 terutamanya wakil perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang juga pemain no. 6 negara.

Berikut merupakan undian perlawanan badminton bagi pemain-pemain Malaysia di Kejohanan Dunia BWF 2022 Tokyo Japan bermula dengan pusingan 64.

[Perseorangan Lelaki]

Viktor Axelsen [1] (DEN) - MS
VS
Liew Daren (MAS)

Chico Aura Dwi Wardoyo (INA) - MS
VS
Ng Tze Yong (MAS)

Brice Leverdez (FRA) - MS
VS
Lee Zii Jia [5] (MAS)

[Perseorangan Wanita]

Soniia Cheah (MAS) - WS
VS
Putri Kusuma Wardani (INA)

Thi Trang (B) Vu (VIE)
VS
Kisona Selvaduray (MAS)

[Beregu Lelaki]

Ong Yew Sin [9]/Teo Ee Yi (MAS) - MD
VS
BYE

BYE - MD
VS
Goh Sze Fei [11]/Nur Izzuddin (MAS)

BYE - MD
VS
Aaron Chia [6]/Soh Wooi Yik (MAS)

BYE - MD
VS
Goh V Chem [13]/Tan Wee Kiong (MAS)

[Beregu Wanita]

Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) - WD
VS
Linda Efler/Isabel Lohau (GER)

Low Yeen Yuan/Valeree Siow (MAS) - WD
VS
Treesa Jolly/Gayati Gopichand Pullela (IND)

BYE - WD
VS
Pearly Tan [10]/Thinaah Muralitharan (MAS)

Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing (MAS) - WD
VS
Stine Kuespert/Emma Moszczynski (GER)

[Beregu Campuran]

Tan Kian Meng [8]/Lai Pei Jing (MAS) - XD
VS
BYE

Mathew Fogarty/Isabel Zhong (USA) - XD
VS
Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (MAS)

BYE - XD
VS
Goh Soon Huat [11]/Lai Shevon Jemie (MAS)

Untuk lihat infografi undian bagi semua kategori Kejohanan Dunia BWF 2022, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfworldchampionships.com/totalenergies-bwf-world-championships-2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post